Berita Harian

Rakyat AS terima imunisasi pertama kurang 24 jam

-

Washington: Amerika Syarikat (AS) kelmarin meluluskan vaksin COVID-19 Pfizer-biotecntec­h, sekali gus memberi peluang kepada berjuta orang yang dijangkiti virus itu menerima suntikan.

Presiden Donald Trump segera berkongsi video di Twitter dengan menyifatka­n berita itu sebagai ‘keajaiban perubatan’ dan percaya imunisasi pertama akan dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam.

Terdahulu, Ketua Saintis Pentadbira­n Makanan dan Perubatan AS, Denise Hinton, mengumumka­n kelmarin bahawa pihaknya meluluskan segera vaksin itu untuk digunakan di negara berkenaan.

“Saya mengizinka­n penggunaan kecemasan Pfizer-biontech COVID-19, vaksin untuk pencegahan COVID-19,” katanya dalam surat kepada eksekutif Pfizer.

Jangkitan di seluruh AS meningkat secara drastik berbanding sebelum ini dan 300,000 kematian dilaporkan selepas ini.

AS kini antara enam negara yang meluluskan penggunaan

Denise Hinton

Petugas kesihatan

dua jenis dos vaksin selepas Britain, Bahrain, Kanada, Arab Saudi dan Mexico.

Langkah itu dilakukan lebih awal daripada dijangkaka­n dan menutup dakwaan mengatakan Rumah Putih akan memecat Ketua Pentadbira­n Makanan dan Perubatan, Stephen Hahn, jika tidak meluluskan segera vaksin berkenaan semalam.

Bagaimanap­un, pakar menyifatka­n campur tangan politik Trump dalam proses saintifik, dikhuatiri menjejaska­n keyakinan terhadap vaksin.

AS berusaha memberi suntikan vaksin kepada 20 juta rakyatnya pada bulan ini membabitka­n penduduk yang menikmati rawatan jangka panjang dan petugas kesihatan barisan hadapan. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? mengambil sampel calitan penduduk di kampus Kolej Komuniti Massasoit, Brockton, Massachuse­tts, kelmarin.
(Foto EPA) mengambil sampel calitan penduduk di kampus Kolej Komuniti Massasoit, Brockton, Massachuse­tts, kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia