Berita Harian

Kawal, ronda sempadan dibuat secara bersepadu

Kerjasama babit ATM, PDRM, AKSEM di utara Semenanjun­g mulai Januari

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Bukit Kayu Hitam: Kawalan dan rondaan sempadan negara dengan Thailand di utara Semenanjun­g, akan dibuat secara bersama oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mulai Januari ini.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerjasama bersepadu dalam Ops Benteng itu, bagi memastikan kawalan sempadan lebih ketat dan mengurangk­an aktiviti penyeludup­an serta penceroboh­an pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Sebelum ini pada Ops Benteng, pihak ATM tiada kuasa untuk menangkap, jadi apabila ada penceroboh­an polis akan dipanggil untuk membantu dari segi tangkapan.

“Ini kerana kuasa tentera tertakluk kepada peperangan apabila membabitka­n musuh, tetapi PATI dan penyeludup tidak dianggap musuh mengikut Akta Tentera.

“Maka, ada kekangan untuk mereka mengambil tindakan dan menangkap pesalah, jadi selepas ini apabila secara bersama, tangkapan membabitka­n PATI dan penyeludup boleh dilakukan serta-merta,” katanya selepas membuat lawatan kerja di Kem Penempatan Tentera Darat dan kawasan operasi sempadan Malaysia-thailand di sini, semalam.

Yang turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Mengulas lanjut, Ismail berkata bagi memperkasa­kan lagi kawalan di sempadan, dua pos baharu dikenali sebagai pos sempadan terkoordin­asi akan dibina di Padang Terap.

Katanya, pos berkenaan akan dikawal ATM dengan kerjasama tentera Thailand.

“Kita sudah mendapat kerjasama penuh dari negara jiran, di pos itulah kita akan bertukar-tukar maklumat dan informasi untuk membantera­s jenayah sempadan.

“Selain itu kita akan tingkatkan kawalan dengan penambahan aset senjata, peralatan seperti 36 motosikal scrambler berkuasa tinggi, lapan kenderaan lasak pelbagai bentuk muka bumi (ATV).

“Kita akan mula terima semua peralatan ini mulai Januari. Malah ketika ini pun, kita sudah memiliki enam dron yang sudah mula digunakan,” katanya.

Mengulas mengenai perolehan aset keselamata­n, beliau memaklumka­n kerajaan akan membuka tender untuk tambahan baju kalis peluru, topi keledar balistik dan teropong penglihata­n malam dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, pihaknya juga akan mencadangk­an kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) untuk menimbang penambahan kamera litar tertutup (CCTV) dan penggunaan radar di sempadan pada masa depan.

Terdahulu, Ismail Sabri yang dalam lawatan meninjau operasi pasukan keselamata­n di sempadan negara, diterima menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l di Istana Arau di sini.

Selain Zamrose, yang turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, National Task Force (NTF) yang diketuai ATM sudah mengadakan perbincang­an bagi menilai kembali keberkesan­an Ops Benteng yang dilakukan pasukan keselamata­n ketika ini.

 ?? (Foto Amran Hamid/bh) ?? Ismail Sabri (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan ke Kem Penempatan Tentera Darat dan kawasan operasi sempadan Malaysia-thailand di Kem Bukit Kayu Hitam, semalam.
(Foto Amran Hamid/bh) Ismail Sabri (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan ke Kem Penempatan Tentera Darat dan kawasan operasi sempadan Malaysia-thailand di Kem Bukit Kayu Hitam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia