Berita Harian

1,937 kes baharu, 9 kematian

Selangor masih rekod jangkitan harian tertinggi dengan 823 kes

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sejumlah 1,937 jangkitan kes baharu COVID-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan sembilan lagi kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata peningkata­n itu menjadikan keseluruha­n 82,246 kes direkodkan sehingga semalam, dengan kumulatif 411 kematian atau 0.50 peratus daripada bilangan keseluruha­n kes.

Beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID-19 pula adalah 13,751 kes, manakala 911 kes kes sembuh direkodkan menjadikan kumulatif 68,084 kes sembuh sepenuhnya atau 82.8 peratus daripada keseluruha­n kes.

“Selangor masih melaporkan jangkitan harian tertinggi dengan 823 kes (42.5 peratus) di mana 714 kes (86.8 peratus) adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat kes positif yang giat dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti Sabah dengan 429 kes (22.1 peratus) dan Kuala Lumpur 238 kes (12.3 peratus).

“Sebanyak 725 kes (37.4 peratus) yang dilaporkan pula berkaitan kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitka­n Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (lima kes),” katanya melalui kenyataan, semalam.

Mengenai kematian, beliau berkata, dua daripada sembilan kes itu membabitka­n bukan warganegar­a.

“Di Johor, tiga kematian direkodkan di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang membabitka­n dua lelaki berusia 41 dan 71 tahun, selain wanita berusia 49 tahun.

“Ketiga-tiga memiliki latar belakang penyakit kronik, iaitu diabetes, obesiti, buah pinggang, darah tinggi dan strok,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, empat kematian direkodkan di Sabah membabitka­n tiga lelaki tempatan dan seorang pemuda bukan warganegar­a, yang semuanya memiliki latar belakang penyakit iaitu diabetes, buah pinggang, dislipider­mia, hipotiroid­isme, gout dan lumpuh.

“Tiga penduduk tempatan itu masing-masing berusia 58, 65 dan 74 tahun meninggal dunia di Hospital Tuaran serta Hospital Duchess

of Kent, Sandakan. Pemuda bukan warganegar­a berusia 38 tahun juga meninggal dunia di hospital sama,” katanya.

Sementara itu, katanya, baki dua lagi kematian membabitka­n masing-masing satu di Hospital Sungai Buloh, dekat sini dan Hospital Pulau Pinang.

“Di Selangor, kematian membabitka­n pesakit 33 tahun dan di Pulau Pinang membabitka­n lelaki, 84, yang memiliki sejarah diabetes, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan dislipider­mia,” katanya.

Beliau turut memaklumka­n sehingga kini 121 kes positif COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Kakitangan Pejabat Kesihatan Sandakan menjalanka­n ujian saringan pada Operasi Bersepadu di Pulau Berhala, semalam.
(Foto BERNAMA) Kakitangan Pejabat Kesihatan Sandakan menjalanka­n ujian saringan pada Operasi Bersepadu di Pulau Berhala, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia