Berita Harian

Tiga kluster baharu babit penularan tempat kerja

-

Kuala Lumpur: Tiga lagi kluster baharu COVID-19 dikesan semalam, dengan semuanya membabitka­n jangkitan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitka­n Kluster Bukit Gemok, Kluster Tapak Bina Cendana dan Kluster Dang Mutiara.

“Pertambaha­n tiga kluster baharu itu menjadikan keseluruha­n 410 kluster dikesan sehingga hari ini (semalam) dengan 189 masih aktif.

“Sebanyak 56 kluster melaporkan pertambaha­n kes baharu dengan tertinggi Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan Kluster Tapak Bina Berangan (69 kes),” katanya melalui kenyataan, semalam.

Mengulas kluster baharu, beliau memaklumka­n kes indeks bagi Kluster Bukit Gemok membabitka­n daerah Tawau di Sabah, dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember hasil saringan individu bergejala.

Sehingga semalam, katanya 71 individu disaring melalui kluster itu, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19.

“Kluster Tapak Cendana pula membabitka­n daerah Lembah Pantai, Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur, dengan kes awal dilaporkan positif bermula 10 Disember hasil saringan bersasar di tempat kerja, iaitu sebuah tapak binaan.

“Sehingga hari ini (semalam), sejumlah 175 individu disaring, dengan 11 kes, termasuk 10 bukan warganegar­a dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya.

Kluster Dang Mutiara pula, beliau berkata, membabitka­n daerah Gombak di Selangor serta Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Kes indeks dilapor positif pada 9 Disember hasil saringan daftar masuk pelantar minyak dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga hari ini (semalam), sejumlah 102 individu disaring, dengan 10 kes dikesan positif,” katanya.

Pertambaha­n tiga kluster baharu itu menjadikan keseluruha­n 410 kluster dikesan sehingga hari ini (semalam) dengan 189 masih aktif.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia