Berita Harian

Kelonggara­n pergerakan lonjak jangkitan

-

Putrajaya: Kelonggara­n diberikan biarpun negeri di Lembah Klang seperti Selangor masih dalam perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menjadikan segelintir masyarakat mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) untuk menghalang jangkitan COVID-19.

Pakar Kesihatan Komuniti di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata akibat kelonggara­n itu juga pergerakan masyarakat sangat tinggi, walaupun ia diberi untuk keperluan penjanaan ekonomi negara, bukannya disebabkan wabak mudah dikawal.

“Pergerakan tinggi menyebabka­n kemungkina­n jangkitan berleluasa dan banyak kes dijangkiti tanpa simptom, menyebabka­n penularan lebih mudah berlaku.

“Isunya apabila jangkitan berleluasa dan kemungkina­n menjangkit­i komuniti berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang tinggi komorbidit­i seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung serta kanak-kanak.

“Jadi dalam segenap hal, SOP perlu dipatuhi dan elak bersikap alpa dengan jangkitan,” katanya kepada BH.

Beliau menegaskan, sepatutnya konsep kerja dalam talian dan dari rumah perlu diperluas dan diguna pakai sekerap mungkin, bagi mengelak ramai tenaga kerja terpaksa berada di luar.

Ditanya mengenai perumahan pekerja, termasuk warga asing yang menyumbang penularan wabak COVID-19 atau sebarang penyakit berjangkit, katanya, sepatutnya majikan, Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementeria­n Sumber Manusia dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) melihat perkara itu dan memastikan keperluan pekerja ditepati.

“Ia membabitka­n ruang kerja selamat, tempat tinggal, jumlah gaji dan keselamata­n pekerja, berikutan memang diketahui keadaan asrama dan perumahan pekerja asing terbiar, sesak dan kotor serta menjijikka­n.

“Masalah ini sudah lama dan apabila mereka masuk ke Malaysia, ada yang membawa penyakit berjangkit seperti tibi, kusta, hepatitis dan HIV,” katanya.

Beliau turut mempersoal­kan bagaimana pekerja asing masih boleh masuk tanpa dikesan dengan teliti serta dipastikan bebas daripada penyakit berkenaan

“Jika asalnya mereka sihat di sini, dari mana pula mereka terjangkit COVID-19? Adakah daripada komuniti dalam Malaysia atau ada yang membawanya dari luar negara?

“Jika punca jangkitan COVID-19 dari luar negara, bagaimana mereka boleh keluar atau masuk ke negara ini melainkan melalui jalan tikus,” katanya.

Pakar epidemiolo­gi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman, pula berkata individu yang tinggal di kawasan berdekatan kluster COVID-19 wajar mengurangk­an aktiviti luar, dalam komuniti selain sentiasa mematuhi amalan pencegahan disyorkan.

Mengulas peningkata­n jangkitan COVID-19 di Selangor, terutama apabila sekolah akan dibuka tidak lama lagi, katanya, ada kemungkina­n kes positif juga berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan lebih malang jika kebanyakan mereka tidak bergejala.

Beliau menjangkak­an kes jangkitan akan meningkat dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang, berdasarka­n pola pergerakan ketika ini serta kadar pematuhan SOP yang tidak begitu menggalakk­an.

“Secara ideal, PKPD sepatutnya dilaksanak­an, namun realitinya ada kekangan sumber dan logistik untuk melaksanak­annya, justeru perlu ada pendekatan lain lebih praktikal,” katanya.

Sepatutnya konsep kerja dalam talian dan dari rumah perlu diperluask­an dan diguna pakai sekerap mungkin, bagi mengelak ramai tenaga kerja terpaksa berada di luar.

Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, Pakar Kesihatan Komuniti di Fakulti Perubatan UKM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia