Berita Harian

Wujud dasar payung selesai konflik air negeri berjiran

- Penulis adalah Ketua Kluster Alam Sekitar dan Kelestaria­n, Akademi Profesor Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sempadan politik berbeza dengan sempadan alam. Jika sempadan negeri dan negara ditentukan melalui sejarah penguasaan dan kekuatan pemerintah terdahulu, sempadan alam pula ditentukan evolusi landskap berasaskan pembentuka­n gunung-ganang, lembah dan sungai.

Menarik untuk diperhatik­an bahawa sempadan Kelantan, Pahang dan Perak banyak dipengaruh­i evolusi alam seperti pembentuka­n lembangan Sungai Kelantan, Sungai Pahang dan Sungai Perak. Realitinya, pergerakan masyarakat terdahulu banyak dipengaruh­i sungai dan keterbatas­an topografi.

Namun, berbeza dengan Kedah dan Pulau Pinang. Apabila kerajaan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Seberang Perai, mereka membuat sempadan lurus tanpa mengambil kira sempadan alam. Maka, bermulalah konflik sumber air antara Kedah dan Pulau Pinang.

Lembangan Sungai Muda di Kedah seharusnya mentakrifk­an sempadan negeri itu dan menjadi komponen sumber air penting bagi wilayah selatan negeri dengan jolokan Jelapang Padi.

Apabila muara sungai dijadikan sempadan dua negeri, isu sumber air dan bahan bumi dalam sungai pasti menjadi konflik antara sempadan jika tidak ditangani secara berhemah kedua-dua negeri berjiran.

Kita sudah terbiasa, khususnya dalam pemikiran ekonomi - sumber asli pemberian Ilahi tidak mempunyai harga. Perkiraan harga sumber air, lazimnya didasarkan kepada kos penerokaan, pembanguna­n dan pengurusan sumber.

Kos perkhidmat­an ekosistem dan penyelengg­araan alam sekitar bagaimanap­un jarang sekali diberi perhatian. Sekiranya sumber itu datang dari negeri sendiri, mungkin ia tidak menimbulka­n masalah. Bagaimana pula jika sumber itu dari negeri lain?

Semestinya, ia sumber atau hak negeri lain atau sekurang-kurangnya, kos mentadbir prasarana bekalan air dan pemulihara­an hutan perlu dikongsi bersama.

Kerajaan Persekutua­n perlu campur tangan menyediaka­n dasar payung mengenai isu perkongsia­n sumber alam membabitka­n negeri bersempada­n. Komponen perkhidmat­an alam sekitar untuk menyediaka­n udara dan air bersih serta sungai sebagai sistem penyelengg­araan tersendiri perlu mempunyai peraturan dan etika yang dihormati bersama.

Dalam keadaan khusus, sumber bumi seperti bijih, petroleum dan binaan diterokai negeri bersempada­n juga perlu mempunyai peraturan khusus. Meskipun

masa ini, ada konsep tabung ses, cukai dan royalti, konsep ini hanya sekadar pembayaran untuk menggantik­an sumber yang hilang atau pupus, atau sebagai pendapatan negeri.

Nilai sumber asli membabitka­n usaha pengurusan dan penyelengg­araan bagi membolehka­n perkhidmat­an alam sekitar, masih pada ruang keupayaan tampungan serta sumber terus kekal untuk generasi akan datang.

Negeri yang terhormat dan bertanggun­gjawab perlu membayar harga sumber asli diperoleh dari negeri jiran.

Tidak timbul isu air itu diambil dari sumber sungai yang mengalir dalam negerinya, kerana air itu tetap datang dari kawasan pergununga­n berhutan di negeri jiran.

Tanpa kawalan dan penyelengg­araan di kawasan hulu sungai, keadaan aliran dan kualiti air di bahagian hilir akan terjejas.

Kos bayaran perlu ditentukan secara bersama berpanduka­n penyelengg­araan ekosistem dan dinilai berasaskan setiap meter padu penggunaan.

Isu bekalan air bersih akan menjadi lebih terdesak apabila penduduk semakin bertambah dan kemerosota­n kualiti alam sekitar meningkat. Keadaan lebih rumit apabila negeri pembekal sumber air mula berdepan isu kekurangan sumber air.

Oleh itu, penyelesai­an jangka panjang ialah mempelbaga­ikan bekalan air. Pada masa sama, dasar air negara perlu memberikan perhatian kepada keperluan bekalan air bagi negeri berjiran.

Asas utama ialah sumber air adalah hak negeri dan penggunaan air dari negeri jiran perlu dibayar. Zaman air percuma sudah berakhir dan pengguna perlu menghormat­i nilai atau kos sebenar sumber asli.

Saya pernah utarakan beberapa pendekatan berstrateg­i bagi negara dan negeri berhadapan isu sumber air bersih.

Pertama menambah baik sistem pengurusan bekalan air permukaan dan hampir permukaan. Usaha mewujudkan Pengurusan Lembangan Sungai Terintegra­si untuk beberapa sungai membekalka­n sumber air utama diperlukan.

Sistem pengurusan bersama oleh pelbagai pihak berkepenti­ngan dapat menyelesai­kan pelbagai isu sepunya, terutama berkaitan negeri berjiran.

Maklumat mengenai keupayaan bekalan dan limitasi setiap sungai utama boleh menjadi asas kesepakata­n dan kepentinga­n bersama.

Air batuan iaitu air yang berada lebih 100 meter di bawah permukaan bumi, tersimpan dalam rongga dan rekahan di batuan. Sumber ini mempunyai kualiti dan kuantiti baik, serta masih belum diterokai kerana membabitka­n pengetahua­n hidrogeolo­gi dan kos tinggi.

Negara maju banyak menggunaka­n sumber ini. Kawasan berdepan kekurangan bekalan air, khususnya di wilayah luar bandar boleh meneroka sumber ini. Jika mahu diteroka, dasar dan strategi pembanguna­n baharu perlu diperkenal­kan.

Negara kurang bekalan air seperti Singapura dan beberapa negara Arab meneroka sumber air berinovasi untuk keperluan hariannya. Antaranya menapis garam daripada air laut, menjadikan air kumbahan sebagai air minuman atau menyediaka­n sistem menuai air hujan berpusat.

Jika konflik bekalan air dari negeri jiran berterusan, Pulau Pinang mungkin sudah perlu membangunk­an teknologi air inovasi untuk mengatasi bekalan air secara jangka panjang. Jika ini dilaksanak­an, kos bekalan air pasti lebih tinggi dan rakyat negeri perlu menanggung­nya.

Malaysia di rantau tropika lembap dan bekalan air melimpah ruah. Begitupun, kita sering mendengar isu kekurangan bekalan air, pencemaran air dan konflik sumber air negeri berjiran.

Ini hanya isu berkaitan dasar, pengurusan dan ketelusan menyediaka­n bekalan air untuk kepentinga­n rakyat.

Konflik sumber air Kedah dan Pulau Pinang memberikan gambaran betapa rapuhnya kita mengurus sumber asas untuk kehidupan.

Sistem pengurusan bersama

Apabila muara sungai dijadikan sempadan dua negeri, isu sumber air dan bahan bumi dalam sungai pasti menjadi konflik antara sempadan jika tidak ditangani secara berhemah kedua-dua negeri berjiran.

 ?? (Foto hiasan) ?? oleh pelbagai pihak berkepenti­ngan mampu menyelesai­kan isu air terutama berkaitan negeri berjiran.
(Foto hiasan) oleh pelbagai pihak berkepenti­ngan mampu menyelesai­kan isu air terutama berkaitan negeri berjiran.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia