Berita Harian

SSPN pelan istimewa, tawar banyak insentif

Rakyat digalak menabung, kurangkan kebergantu­ngan kepada pinjaman pendidikan

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selain menjadi platform untuk ibu bapa menabung bagi tujuan pendidikan anak pada masa depan, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah satu-satunya pelan simpanan istimewa yang menawarkan pelbagai insentif, termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.

Peluang keemasan pelepasan taksiran cukai bagi tahun 2020 masih terbuka sehingga 31 Disember ini dengan cara membuka akaun SSPN bagi pendeposit baharu atau menambah simpanan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata insentif itu antara komitmen besar kerajaan bagi menggalakk­an rakyat menabung dan mengurangk­an kebergantu­ngan kepada pinjaman pendidikan.

“Insentif ini bermula pada tahun 2007 dengan pelepasan taksiran cukai hanya RM3,000 sebelum dinaikkan kepada RM6,000 dan mulai tahun 2019, jumlahnya dinaikkan lagi kepada RM8,000.

“Memang tidak rugi menyimpan, malah pendeposit akan menikmati keuntungan tambahan kerana kadar dividen SSPN adalah kompetitif berbanding simpanan di institusi kewangan lain,” katanya pada temu bual bersama BH di Menara PTPTN, baru-baru ini.

Selain insentif pelepasan taksiran cukai, beliau berkata, simpanan SSPN turut menjanjika­n pulangan menguntung­kan dalam jangka masa panjang.

“Kami sangat menggalakk­an khususnya golongan berpendapa­tan tinggi, menabung dalam SSPN.

“Ibu bapa boleh menggunaka­n wang itu untuk membiayai pengajian anak-anak ke peringkat universiti. Bebanan ibu bapa untuk membiayai pengajian anak-anak ke peringkat universiti juga dapat dikurangka­n.” katanya.

Ahmad Dasuki berkata, pelepasan taksiran cukai itu tertakluk kepada syarat tertentu.

Pertama, katanya, pendeposit mestilah ibu bapa kandung atau ibu bapa angkat atau penjaga sah yang membuka akaun untuk manfaat anak.

Beliau menjelaska­n, suami isteri yang membuat taksiran berasingan akan memperoleh pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun setiap seorang walaupun untuk anak yang sama.

“Taksiran bersama menawarkan pelepasan taksiran cukai maksimum RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

“Bagaimanap­un, pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri tidak layak mendapat pelepasan taksiran cukai ini,” katanya.

Menurutnya, jumlah pelepasan taksiran cukai dikira atas simpanan bersih tahun semasa ditolak dengan jumlah pengeluara­n dibuat pada tahun sama.

Ahmad Dasuki berkata, galakan tabungan SSPN turut diperhebat­kan sepanjang Disember ini menerusi inisiatif Cabutan WOW! SSPN-I Plus, Cabutan Pecutan Akhir Tahun dan Kempen Canggihlah Simpan di SSPN.

“Cabutan WOW! SSPN-I Plus 2020 menawarkan dua kategori iaitu cabutan tahunan yang bermula 1 Januari hingga 31 Disember dan cabutan bulanan bermula 1 Julai hingga Disember 2020.

“Hadiah ditawarkan bagi cabutan bulanan adalah RM2,020 untuk

Ibu bapa boleh menggunaka­n wang itu untuk membiayai pengajian anak-anak ke peringkat universiti.

Ketua Eksekutif PTPTN

20 pemenang setiap bulan, manakala hadiah utama untuk cabutan tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200, selain ganjaran wang tunai dengan nilai keseluruha­n hadiah berjumlah RM1 juta,” katanya.

Beliau berkata, kempen Cabutan Pecutan Akhir Tahun diadakan di peringkat negeri bermula 19 November sehingga 31 Disember 2020.

Katanya, cabutan terbuka kepada pendeposit SSPN yang membuat simpanan bersih minimum RM200 melalui semua saluran disediakan PTPTN.

“Ini bermakna, pendeposit mendapat peluang untuk menang berganda dengan Cabutan WOW! SSPN-I Plus dan Cabutan Pecutan Akhir Tahun, selain turut menikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan,” katanya.

Promosi hujung tahun turut digandakan lagi dengan Kempen Canggihlah Simpan di SSPN.

Melalui kempen itu, pelanggan yang membuka akaun atau membuat penambahan deposit SSPN sekurang-kurangnya RM500 sepanjang bulan ini berpeluang menerima SSPN Reward dalam bentuk diskaun digital. Diskaun bagi pembelian barangan sekolah Canggih secara dalam talian di schoolmall.com.my diberikan sehingga 35 peratus mengikut jumlah deposit SSPN.

Orang ramai yang berminat membuka akaun SSPN atau membuat penambahan deposit boleh melakukann­ya secara dalam talian melalui www.lovesspn.com atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui nombor telefon yang tertera di portal agensi itu.

 ??  ?? Ahmad Dasuki Abdul Majid,
Ahmad Dasuki Abdul Majid,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia