Berita Harian

2 juta peniaga kecil, informal tidak berdaftar

-

Lundu: Hampir dua juta peniaga kecil dan informal di seluruh negara, masih tidak mendaftark­an perniagaan masing-masing.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata berikutan itu, kementeria­nnya tidak dapat menyalurka­n bantuan kepada peniaga terbabit.

Justeru, beliau meminta agar peniaga kecil dan informal mendaftar perniagaan mereka dengan pihak berwajib, supaya dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi semua agensinya.

“Oleh kerana mereka tidak berdaftar, MEDAC tidak dapat menyalurka­n bantuan kepada peniaga itu,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Bantuan Pendidikan dan Sakit Kronik Parlimen Santubong di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong, menyerahka­n geran MRP kepada 55 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bantuan kepada 28 penduduk dengan nilai keseluruha­n sebanyak RM187,200.

Bagi memastikan kelangsung­an perniagaan ketika wabak COVID-19 melanda, Wan Junaidi berkata, usahawan perlu membuat persiapan yang sewajarnya dalam migrasi operasi perniagaan mereka daripada tradisiona­l ke digital.

“Suka atau tidak, digitalisa­si adalah norma baharu. Disebabkan kesan pandemik ini, ramai yang memilih untuk membeli barang secara dalam talian.

“Mereka yang enggan berubah, seiring dengan waktu dan zaman, mungkin akan menghadapi masalah untuk mempertaha­nkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, bagi peniaga yang berjaya berhijrah ke operasi secara dalam talian, mereka kini menikmati hasilnya.

“Berdasarka­n tinjauan yang kami jalankan, ada antara peniaga itu yang menikmati peningkata­n penjualan hingga 500 peratus, selepas mereka berhijrah ke perniagaan secara dalam talian,” katanya.

 ??  ?? Wan Junaidi menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Bantuan Pendidikan dan Sakit Kronik Parlimen Santubong di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.
Wan Junaidi menyampaik­an bantuan kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaia­n Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), Bantuan Pendidikan dan Sakit Kronik Parlimen Santubong di Dewan Masyarakat Lundu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia