Berita Harian

4 PBT guna temu duga bersemuka

Elak pemohon salah guna lesen penjaja

- Oleh Nor Amalina Alias bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Empat pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu tiga di Wilayah Persekutua­n dan satu di Perak, menjadi yang pertama memperkena­lkan proses temu duga secara bersemuka dengan pemohon bagi mengelak penyalahgu­naan lesen penjaja.

Susulan itu, penjaja dalam kawasan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini melalui prosedur ketat untuk mendapatka­n lesen niaga sebelum permohonan itu diluluskan.

Di Kota Bharu, Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya kini menggunaka­n pembaca Mykad bagi mengenal pasti identiti pemohon yang menyertai program Wilayah Bebas Berniaga (WBB).

Katanya, peraturan itu dikuat kuasakan bagi mengelak pelesen mendaftar menggunaka­n kad pengenalan individu yang sudah meninggal dunia atau memohon lebih daripada satu permohonan.

Beliau mengakui Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL) ditegur dalam Laporan Ketua Audit yang mengesan lesen dimiliki individu yang sudah mati dalam semakan lesen 2018 dan 2019.

“DBKL membuat semakan ketat dengan pelesen perlu hadir ke pejabat secara fizikal untuk memeriksa Mykad menggunaka­n alat pengimbas bagi mengesahka­n pemohon adalah pemilik sah dan warganegar­a.

“Kebimbanga­n saya adalah bukan saja ‘orang mati’ boleh mendapat lesen, tetapi saya dapat maklumat ada orang yang memohon lebih daripada satu lesen dan lesen itu diberi ‘sublet’ (diberi sewa atas sewa).

“Saya tidak risau jika disewakan kepada warganegar­a, tetapi yang saya risau mereka nak duit, ambil lesen dan kemudian disewakan kepada bukan warganegar­a,” katanya selepas Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Cina dan Penyampaia­n Bantuan di Kampung Tokong, Ketereh, dekat sini, semalam.

Susulan itu, Annuar memberi amaran, penjaja yang dikesan menyalah guna kemudahan itu akan disenarai hitam secara sepenuhnya.

Beliau berkata, pelesen yang dikesan menyewa lesen kepada peniaga asing akan dibatalkan semua lesen dikeluarka­n kepada mereka.

“Mereka juga tidak boleh menerima apa-apa bentuk lesen daripada DBKL (selepas pembatalan itu).

“Saya beri peringatan, bila saya permudahka­n dengan niat yang baik, jangan buat sesuatu yang menimbulka­n kesusahan.

“Saya harap penjaja sekitar Wilayah Persekutua­n membalas balik apa yang saya lakukan dengan mengikut dan mematuhi penguatkua­saan yang kita adakan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menggunaka­n dua pendekatan iaitu di bahagian pengeluara­n lesen dengan membuat semakan demi semakan dan penguatkua­saan apabila berlaku perlanggar­an undang-undang.

“Saya meminta penguat kuasa bersikap ramah, bukan menghalau, bukan merampas, bukan menimbulka­n kesusahan tetapi pada masa sama, jika ada aduan, penguat kuasa kena semak dan jika ada salah guna lesen, penguatkua­saan tetap dijalankan,” katanya.

Annuar berkata, setakat ini 3,200 permohonan diterima bagi menyertai program WBB dan 1,700 daripada permohonan itu sudah dilulus dan dikeluarka­n lesen.

“Setakat ini, 60 hingga 70 peratus sudah diluluskan, hanya sebahagian kecil kita tolak kerana mereka memilih berniaga di lokasi tidak dibenarkan,” katanya.

Terdahulu, laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1, mendapati DBKL dikesan meluluskan permohonan dan pembaharua­n 500 lesen penjaja yang menggunaka­n kad pengenalan individu sudah meninggal sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, di Ipoh, Bernama melaporkan, MBI turut menggunaka­n kaedah bersemuka, sebelum memberi kelulusan pembaharua­n dan permohonan lesen penjaja.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata setiap pemohon perlu menghadirk­an diri untuk ditemuduga, sebelum memperoleh kelulusan bagi mengelak berlaku penipuan.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Annuar menyampaik­an sumbangan COVID-19 pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Cina dan Penyampaia­n Bantuan di Kampung Tokong, Ketereh, semalam.
(Foto BERNAMA) Annuar menyampaik­an sumbangan COVID-19 pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Cina dan Penyampaia­n Bantuan di Kampung Tokong, Ketereh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia