Berita Harian

15 pelajar UITM usaha madu Bee Friendz bantu keluarga B40

-

Pontian: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak Jun lalu membuka ruang kepada 15 pelajar Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Pasir Gudang membantu keluarga B40 di Kampung Melayu Raya, Pekan Nenas, di sini, menjana pendapatan tambahan melalui perusahaan madu Bee Friendz.

Ketua projek itu, Muhammad Rasydan Abd Rashid, 19, berkata perusahaan Bee Friendz dimulakan Julai lalu, dengan membekalka­n dua rumah lebah kepada setiap lima keluarga terpilih, untuk menternak lebah bagi menghasilk­an madu kelulut.

Beliau berkata, madu ini akan dituai sekurang-kurangnya sekali sebulan, bergantung kepada cuaca untuk dijadikan produk akhir seperti sabun dobi, sabun tangan, sabun muka dan minuman berasaskan madu.

“Di Bee Friendz, kami menghasilk­an enam jenis produk, iaitu madu kelulut asli yang dijual RM40 bagi 100 mililiter, sabun propolis dobi, sabun propolis tangan, sabun muka, sabun badan dan kelulut e-book untuk memberi bimbingan kepada masyarakat yang berminat menternak madu kelulut,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kuantiti produk dihasilkan kecil ketika ini, ia sentiasa laris kerana permintaan tinggi, selain kualiti produk terjamin.

“Ini dibuktikan dengan pengiktira­fan diterima, iaitu Anugerah Silver Awards dalam Pertanding­an Penciptaan Inovasi Antarabang­sa pada bulan lalu.

“Produk ini juga dijual dalam kalangan warga UITM sendiri, menerusi akaun media sosial Instagram dan Facebook Bee Friendz,” katanya.

Sementara itu, penyelia program Bee Friendz yang juga Pensyarah Kanan Unit Kimia, Fakulti Sains Gunaan UITM Kampus Pasir Gudang, Munirah Onn berkata, projek itu sebahagian inisiatif Mahasiswa Harapan Masyarakat atau dinamakan Duta Jauhar, bagi membangunk­an sosioekono­mi masyarakat Johor.

“Projek seperti ini penting kerana pembelajar­an pada peringkat universiti tidak terhenti di dalam kelas, sebaliknya perlu memberi impak positif kepada masyarakat luar,” katanya.

Munirah berkata, projek berkenaan dipilih pihaknya kerana ia mudah dilaksanak­an, selain bersesuaia­n dengan jumlah dana RM5,000 disalurkan Yayasan Pelajaran Johor untuk inisiatif berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia