Berita Harian

Dua kenderaan rosak ditimpa bancuhan simen

Bahan terjatuh dari jambatan lebuh raya dalam pembinaan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua kenderaan mengalami kerosakan selepas ditimpa bancuhan simen ketika melalui bawah jambatan lebuh raya yang dalam pembinaan di Persiaran Alam Damai di sini, Rabu lalu.

Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dan Toyota Vellfire rosak pada bahagian bumbung akibat kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kejadian berkenaan berlaku di jalan bandaran yang mempunyai dua lorong sehala.

“Ketika kejadian, satu lorong ditutup untuk pembinaan dan dua kenderaan terbabit sedang bergerak perlahan di bawah lokasi pembinaan jambatan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-ulu Kelang (SUKE).

“Bancuhan simen berkenaan jatuh dari atas jambatan yang dalam pembinaan menyebabka­n kedua-dua kenderaan itu mengalami kerosakan, namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Katanya, seorang lelaki warga Indonesia yang memandu Toyota Vellfire tampil membuat laporan, bagaimanap­un seorang lagi pemandu belum berbuat demikian

Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat boleh menghubung­i Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampira­n.

Sementara itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam satu kenyataan berkata, SUKE mengeluark­an arahan pemberhent­ian semua kerja konkrit pada hari kejadian dan mengkaji semula prosedur keselamata­n.

Katanya, sebagai pemaju bagi projek pembinaan Lebuhraya SUKE, pihaknya memandang serius kejadian itu dan siasatan dalaman terhadap kontraktor dan pekerja terbabit sudah dijalankan.

“Sementara itu, langkah keselamata­n tambahan juga sudah diambil serta-merta,” katanya.

Kontraktor bagi pakej berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan SUKE berhubung dengan pemilik kenderaan terbabit dan persetujua­n berkaitan sudah dicapai.

 ?? (Foto Ihsan PDRM) ?? Keadaan bumbung kereta yang rosak akibat ditimpa bancuhan simen di Persiaran Alam Damai, Rabu lalu.
(Foto Ihsan PDRM) Keadaan bumbung kereta yang rosak akibat ditimpa bancuhan simen di Persiaran Alam Damai, Rabu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia