Berita Harian

KPDNHEP rampas minyak wangi tiruan lebih RM1.7 juta

-

Iskandar Halim Sulaiman

Putrajaya: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menumpaska­n penjualan minyak wangi tiruan dalam serbuan di enam premis di sebuah bangunan di Jalan Lima, off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman, berkata enam premis yang disewa seorang individu itu dipercayai dijadikan tempat penyimpana­n stok minyak wangi tiruan pelbagai jenama.

Katanya, serbuan itu dibuat susulan risikan selama dua bulan dan turut disertai wakil daripada pemilik cap dagang.

“Ketika serbuan pekerja di premis berkenaan sedang membungkus minyak wangi ke dalam kotak berjenama bagi tujuan pengedaran,” katanya melalui satu kenyataan media, semalam.

Hasil pemeriksaa­n, 33,272 minyak wangi pelbagai jenama dijumpai antaranya Burberry, Gucci, Victoria Secret,tommy, DKNY, Jo Malone dan Michael Kors.

Iskandar Halim berkata, seorang wanita dan lelaki masing-masing berusia 37 tahun dan 43 tahun yang mengaku bertanggun­gjawab menjalanka­n aktiviti berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

Tambahnya, berdasarka­n keterangan mereka, semua barangan tiruan itu diperoleh dari China sebelum diedar dalam talian kepada pemborong sekitar Lembah Klang.

“Semua barangan dirampas dianggar bernilai RM1.76 juta.

“Pemilik premis itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Cap Dagangan 2019 dan kes disiasat mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai barang dengan cap dagangan yang dipakaikan dengan salah,” katanya.

Tambahnya, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi RM15,000.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia