Berita Harian

Larangan skuter elektrik di jalan raya

-

Kuala Lumpur: Bermula 1 Januari depan, penggunaan skuter elektrik dilarang di jalan raya atau kawasan selain digazetkan di ibu negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu ingkar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat digazetkan seperti di taman permainan, kawasan pejalan kaki dan sekitar pusat beli-belah di ibu negara.

“Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan di jalan raya kerana mengganggu pengguna lain, boleh mendatangk­an bahaya atau terbabit kemalangan,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, polis menerima banyak aduan orang awam mengenai tindakan menunggang skuter elektrik di jalan raya sekitar ibu negara.

“Polis mengenal pasti tiga kawasan aktif penggunaan skuter berkenaan di ibu negara, iaitu sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

“Polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di jalan raya. Setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatk­an sebelum tindakan mula dikenakan 1 Januari depan,” katanya.

Beliau berkata, penunggang skuter elektrik perlu memohon lesen kebenaran khas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), jika mahu menggunaka­n skuter itu di jalan raya.

Zulkefly berkata, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 54 APJ 1987 dengan kesalahan pertama didenda RM300 dan kesalahan kedua, denda RM1,000 atau penjara tiga bulan.

Penggunaan skuter elektrik mula diperkenal­kan pada Mei lalu dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kerana memudahkan pergerakan, khususnya bagi mereka yang berjalan kaki dan menaiki pengangkut­an awam.

Terdahulu, Zulkefly mengetuai operasi khas pasukan (JSPT) Kuala Lumpur memberi kempen advokasi dan mendidik penunggang skuter elektrik di tiga lokasi sekitar ibu kota. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zulkefly menasihatk­an pengguna skuter elektrik di sekitar kawasan Bukit Bintang, semalam.
(Foto BERNAMA) Zulkefly menasihatk­an pengguna skuter elektrik di sekitar kawasan Bukit Bintang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia