Berita Harian

Taman Negara Johor Endau Rompin calon ASEAN Heritage Park

-

Kuala Lumpur: Taman Negara Johor Endau Rompin (TNJER) dicalonkan sebagai ASEAN Heritage Park (AHP) pada Mesyuarat Jemaah Menteri, kelmarin.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor yang bersidang pada 7 Mac 2018 bersetuju pencalonan taman negara itu sebagai AHP, sekali gus menjadikan pengiktira­fan keempat bagi Malaysia selepas Taman Negara (Pahang, Kelantan dan Terengganu), Kinabalu National Park (Sabah) dan Gunung Mulu National Park (Sarawak).

“Pencalonan taman negara itu antara lain akan meningkatk­an imej sebagai kawasan konservasi penting di Johor dan taman negara kedua di Semenanjun­g, memperkuku­hkan pengurusan TNJER berasaskan amalan pengurusan terbaik setaraf pengurusan kawasan perlindung­an serantau dan antarabang­sa.

“Selain itu, ia turut meningkatk­an jaringan hubungan dan kerjasama antara kawasan perlindung­an di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

AHP adalah inisiatif kerjasama serantau untuk menguruska­n jaringan kawasan perlindung­an di rantau ASEAN yang mempunyai keunikan, kepelbagai­an biologi dan nilai ekologi terpenting.

Perkara itu dipersetuj­ui negara anggota ASEAN melalui ASEAN Declaratio­n on Heritage Parks and Reserves 1984 ditandatan­gani Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand pada 29 November 1984.

TNJER membabitka­n lebih 90 peratus hutan hujan tropika dan ekosistem yang masih terpulihar­a dengan hampir keseluruha­n kawasan perlindung­an dikeliling­i rizab hutan simpan serta mengandung­i 80 spesies tumbuhan diancam secara global tersenarai di bawah spesies terancam Senarai Merah IUCN, termasuk 38 spesies terancam kritikal, 16 spesies terancam dan 26 spesies terdedah.

Selain itu, ia juga habitat penting bagi pemulihara­an mamalia besar yang terancam terutama Harimau Malaya (Panthera tigris), Malayan Tapir (Tapirus indicus), Beruang Matahari (Helarctos Malayanus) dan Gajah Asia (Elephas maximus).

Shamsul Anuar berkata, kementeria­nnya akan mengemukak­an dokumen pencalonan taman itu sebagai AHP kepada Sekretaria­t AHP di Filipina untuk dipertimba­ngkan kumpulan kerja ASEAN dan kelulusan pada peringkat Menteri ASEAN pada 2021.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Pengiktira­fan Taman Negara Johor Endau Rompin tingkat imej sebagai kawasan konservasi penting di Johor.
(Foto hiasan) Pengiktira­fan Taman Negara Johor Endau Rompin tingkat imej sebagai kawasan konservasi penting di Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia