Berita Harian

Bekas Penolong Pengarang Berita BH meninggal dunia

Allahyarha­m mengadu pening kepala sebelum tidak sedarkan diri

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas Penolong Pengarang Berita BH, Hardi Effendi Yaacob meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di kediamanny­a di Kampung Kerdas 3, Batu 6, Gombak dekat sini, malam kelmarin.

Allahyarha­m yang berusia 43 tahun pada mulanya mengadu pening kepala sebelum tidak sedarkan diri, kira-kira jam 10 malam.

Adik iparnya, Haizatul Nur Amilin Mokhtar, berkata ahli keluargany­a kemudian menghubung­i pihak hospital sebelum sepasukan anggota perubatan dengan sebuah ambulans tiba di kediaman abang iparnya tengah malam kelmarin.

“Anggota perubatan kemudian memberi bantuan pernafasan, namun usaha itu tidak berjaya dan mengesahka­n kematianny­a.

“Jenazah kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarha­m menyertai skim latihan kewartawan­an BH pada 1996 selama tiga bulan sebelum diserap sebagai wartawan kadet dan pernah bertugas sebagai wartawan Meja Hiburan dan Meja Jenayah.

Allahyarha­m kemudianny­a bertugas sebagai Ketua Biro BH di Sarawak dan jawatan terakhirny­a di BH adalah Penolong Pengarang Berita sebelum meninggalk­an akhbar ini, Mac lalu.

Selepas beberapa bulan meninggalk­an BH, beliau kemudian menyertai Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebagai pegawai khas di kementeria­n itu sejak bulan lalu.

Allahyarha­m meninggalk­an isteri, Leany Mokhtar, 41, dan dua anak, Nur Khayla Iman, 12 serta Nur Khadeeja Iman, 8.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata walaupun khidmat Allahyarha­m dengan kementeria­n berkenaan agak singkat, pemergian beliau dianggap sebagai kehilangan

Anggota perubatan kemudian memberi bantuan pernafasan, namun usaha itu tidak berjaya dan mengesahka­n kematianny­a.

Haizatul Nur Amilin Mokhtar, Adik ipar

yang besar kepadanya dan seluruh warga KPDNHEP.

“Allahyarha­m disifatkan sebagai seorang yang profesiona­l dan berkeperib­adian tinggi.

“Kehilangan­nya sukar dicari ganti kerana beliau sangat baik dan bekerja dengan sempurna.

“Sepatutnya kami pergi ke Kapit, Sarawak untuk menganjurk­an beberapa program di sana selepas sidang Dewan Rakyat tamat.

“Allahyarha­m sangat berpengala­man dan faham mengenai landskap politik di Sarawak. Saya mengharapk­an bantuan beliau, tetapi Tuhan lebih menyayangi­nya,” katanya ketika ditemui, semalam.

 ??  ?? Hardi Effendi Yaacob
Hardi Effendi Yaacob
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia