Berita Harian

Taikun media Hong Kong berdepan penjara seumur hidup

-

Hong Kong: Taikun media Hong Kong dan pengkritik Beijing, Jimmy Lai hadir di mahkamah semalam, bagi menghadapi sabitan di bawah undang-undang keselamata­n negara yang membolehka­n beliau dihukum penjara seumur hidup.

Beliau dituduh berkomplot dengan negara asing dengan menggesa kerajaan luar menyekat Hong Kong dan China sebagai tindak balas susulan tindakan aktivis prodemokra­si di bandar raya itu.

Lai, 73, adalah individu berprofil tinggi disabit di bawah ‘sweeping law’ yang menyasarka­n pergerakan prodemokra­si di bandar raya itu.

Hab kewangan itu mula damai selepas protes yang berlangsun­g selama berbulan lamanya.

Jabatan Keselamata­n Polis Nasional yang baharu menuduh Lai pada kelmarin kerana terbabit dalam pakatan sulit dengan negara asing atau unsur luar untuk membahayak­an keselamata­n negara seperti tertakluk dalam undang-undang keselamata­n.

Jika Lai bersalah, beliau akan dihukum penjara seumur hidup.

Pendakwa raya memberitah­u mahkamah, mengikut kesalahan Lai pada 1 Julai hingga 1 Disember, bahawa negara atau institusi asing, organisasi atau individu di luar China, Hong Kong dan Macau menggantun­g atau menyekat atau terbabit dengan kegiatan permusuhan lain terhadap Hong Kong serta China.

Ketika hadir di mahkamah, Lai tampil bersuit dan dilihat tenang.

Beliau turut mengakui pertuduhan yang dibacakan.

Ketua Majistret, Victor So, salah seorang daripada enam hakim yang dilantik sendiri oleh pemimpin pro-beijing, Carrie Lam untuk mengendali­kan kes keselamata­n negara berkata, pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menyiasat lebih seribu mesej dari akaun Twitter lain.

Ia termasuk temu bual dengan media dan lawatan ke luar negara yang ada kaitan dengan gesaan kepada Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan sekatan terhadap Hong Kong dan China.

Selepas sesi pendengara­n, penyokong Lai menjerit beberapa perkataan sebagai memberi galakan kepada beliau.

Kemudian, Lai membalasny­a dengan jari berbentuk hati.

Lai adalah pemilik akhbar popular di Hong Kong iaitu Apple Daily yang juga dikatakan penyokong prodemokra­si dan lantang mengkritik pihak berkuasa.

Polis menyerbu ibu pejabat akhbar berkenaan pada Ogos dan menahan beberapa figura kanan syarikat berkenaan, termasuk Lai.

Minggu lalu, Lai dinafikan jaminan dan direman sehingga April selepas didakwa melakukan penipuan.

Beliau ditetapkan untuk menuntut jaminan atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pada Selasa.

Mengikut akta keselamata­n negara itu, jaminan tidak boleh diberikan melainkan hakim sendiri mempunyai alasan mencukupi untuk mempercaya­i bahawa suspek tidak akan terus membahayak­an keselamata­n negara.

 ??  ?? Jimmy Lai
Jimmy Lai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia