Berita Harian

Perogol paling terkenal di Korea Selatan bebas

Pembebasan selepas jalani hukuman penjara 12 tahun cetus kemarahan

-

Seoul: Perogol paling terkenal di Korea Selatan dibebaskan semalam, selepas menjalani hukuman penjara selama 12 tahun.

Bagaimanap­un, berita pembebasan perogol itu mencetuska­n kemarahan penunjuk perasaan dan ancaman bunuh, sekali gus menyebabka­n kehadiran lebih ramai polis untuk mengawal di luar rumah pemangsa seks itu.

The New York Times melaporkan, penunjuk perasaan berhimpun di luar penjara dekat selatan Seoul semalam sambil melaungkan ‘hantar dia ke neraka!’ dan ‘kembirikan dia!’ ketika pembebasan Choo Doo-soon.

Doo-soon ditahan pada 2008 dan kemudian disabitkan dengan jenayah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun.

Sejak itu, namanya menjadi sinonim dengan perlakuan seks lembut yang diterima di mahkamah negara itu.

Walaupun Doo-soon, 68, dibebaskan subuh semalam, orang ramai masih marah.

“Apa jenis negara ini, melindungi perogol?” laung penunjuk perasaan kepada Doo-soon yang dibawa keluar menaiki van kelabu milik kerajaan dengan perlindung­an rapi pihak polis.

Terdapat beberapa penunjuk perasaan yang berbaring atas jalan raya sambil memegang papa tanda dan menjerit slogan dalam usaha menghalang pembebasan Doo-soon.

Pegawai polis bertindak mengalihka­n halangan dan membina sekatan bagi membolehka­n van yang membawa Doo-soon bergerak keluar.

Penunjuk perasaan dilihat menendang van dan melemparka­n telur serta mengeluark­an kenyataan menghina.

Selain itu, Doo-soon juga menerima ancaman bunuh secara dalam talian.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa untuk menambah lebih ramai anggota polis termasuk kamera pengawasan di sekitar kediamanny­a.

Kemarahan orang ramai semakin membuak-buak dalam beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir.

Rabu lalu, Majlis Kebangsaan meluluskan undang-undang yang diberi nama ‘undang-undang Cho Doo-soon’ yang melarang individu yang disabitkan atas tuduhan melakukan serangan seksual kanak-kanak bawah umur dari meninggalk­an kediaman mereka pada waktu malam atau waktu pelajar pergi balik sekolah.

Undang-undang itu turut melarang pelaku seks seperti itu pergi berhampira­n sekolah.

Mahkamah Korea Selatan sudah sekian lama dituduh kerana memberi kelonggara­n terhadap proses keadilan kepada penjenayah golongan kolar putih dan pesalah seks.

 ??  ?? Penunjuk perasaan berbaring atas jalan raya dalam usaha menghalang pembebasan Doo-soon.
Penunjuk perasaan berbaring atas jalan raya dalam usaha menghalang pembebasan Doo-soon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia