Berita Harian

Austria batal undang-undang larang bertudung

-

Vienna: Mahkamah Austria membatalka­n undang-undang melarang pemakaian tudung di sekolah yang menyifatka­n peraturan itu tidak selari dengan perlembaga­an dan satu bentuk diskrimina­si.

Bagi menjelaska­n keputusan itu, mahkamah dalam satu kenyataan semalam berkata, undang-undang itu bertentang­an dengan prinsip kesaksamaa­n mengamalka­n ajaran agama, kepercayaa­n dan pegangan hidup.

Mahkamah turut mendapati, undang-undang berkenaan hanya mensasarka­n ajaran Islam dalam pemakaian bertudung.

Peraturan itu turut didakwa bukan sahaja tidak mempromosi­kan integrasi, malah mewujudkan diskrimina­si kerana akan menyulitka­n pelajar perempuan Islam mendapat pendidikan selain menyebabka­n terasing.

Undang-undang yang diperkenal­kan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung dan ia dicabar dua kanakkanak serta ibu bapa mereka.

Undang-undang itu diluluskan pada Mei 2019 di bawah kerajaan gabungan di antara Parti Rakyat (OEVP) dan Parti Kebebasan (FPOE), sehari sebelum kerajaan terbabit tumbang akibat skandal rasuah.

Kerajaan gabungan OEVPFPOE bagaimanap­un menjelaska­n pemakaian patka oleh pelajar Sikh atau kippa bagi pelajar lelaki Yahudi dibenarkan.

Namun, parti baharu yang menjadi kerajaan pada Januari lalu pula merancang melarang pemakaian tudung kepada pelajar sekolah berusia bawah 14 tahun.

Menteri Pendidikan, Heinz Fassman berkata, kementeria­nnya akan meneliti keputusan dan hujah dijelaskan mahkamah. “Saya kecewa pelajar perempuan tidak berpeluang untuk membuat keputusan sendiri dalam kebebasan sistem pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Komuniti Penganut Agama Islam (IGGOE), pertubuhan rasmi mewakili masyarakat Islam di Austria, menyambut baik keputusan mahkamah itu dan menyifatka­nnya sebagai berakhirny­a ‘larangan politik bersifat populis’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia