Berita Harian

Korea Selatan catat kes positif harian tertinggi

Peningkata­n mendadak di Seoul cetus kebimbanga­n penduduk

-

Seoul: Korea Selatan merekodkan angka jangkitan harian tertinggi setakat semalam, yang disumbangk­an peningkata­n mendadak di wilayah ibu negara.

Situasi itu sekali gus mengundang ketakutan dalam kalangan rakyat sama ada kerajaan mampu atau tidak mengawal jangkitan di negara itu.

Pegawai mengumumka­n sebanyak 950 jangkitan baharu direkodkan selepas beberapa hari mencatatka­n kes harian antara 500 hingga 600.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (KDCA), sebanyak 669 kes positif disumbangk­an dari Seoul semalam.

Jangkitan meluas di Seoul yang memiliki kawasan berpopulas­i padat dan menjadi tempat tinggal kepada separuh daripada 52 juta keseluruha­n rakyat Korea Selatan.

“Ini adalah halangan terakhir sebelum siapnya vaksin dan rawatan,” kata Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dalam satu kenyataan sambil menganggap situasi ketika ini amat serius.

“Kerajaan akan berusaha sedaya upaya menggunaka­n kekuatan pentadbira­n sepenuhnya untuk mengendali­kan penyebaran jangkitan,” katanya.

Tambahan 150 pusat ujian didirikan di kawasan dengan pergerakan orang ramai termasuk di stesen kereta api.

Angka baharu itu muncul walaupun kerajaan mengetatka­n peraturan penjarakan sosial di kawasan ibu kota pada awal minggu ini.

Langkah itu merangkumi larangan mengadakan perhimpuna­n lebih 50 orang dan penonton pada acara sukan.

Kafe hanya dibenarkan menyajikan makanan ringan sementara restoran mesti ditutup pada jam 9 malam dengan perkhidmat­an penghantar­an dibolehkan selepas itu.

“Walaupun ada perubahan, pergerakan orang ramai tidak dapat dikurangka­n dengan

ketara.

“Jangkitan daripada pertemuan bersemuka secara peribadi masih berterusan... tolong batalkan semua pertemuan terbabit,” kata pegawai KDCA, Lim Sook-young dalam taklimat media.

Dengan kes yang direkodkan semalam, ia menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif di negara itu melebih 36,800.

Korea Selatan antara negara yang terjejas teruk akibat COVID-19 pada peringkat awal, selain China.

Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya situasi di negara berkenaan masih terkawal de ngan pelaksanaa­n langkah jejak, uji dan rawat.

Negara berkenaan juga tidak pernah melaksanak­an perintah berkurung seperti dilakukan di negara Eropah dan lainlain bahagian dunia.

AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Pekerja membina wad sementara untuk pesakit COVID-19 di luar hospital di Seoul berikutan pertambaha­n mendadak jumlah pesakit di bandar raya berkenaan.
(Foto EPA) Pekerja membina wad sementara untuk pesakit COVID-19 di luar hospital di Seoul berikutan pertambaha­n mendadak jumlah pesakit di bandar raya berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia