Berita Harian

Mahkamah tolak permohonan Texas

Negeri tuntut batal keputusan Biden menang Pilihan Raya Presiden

-

Washington: Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) semalam menolak permohonan Texas untuk membatalka­n keputusan Pilihan Raya Presiden pada 3 November lalu yang menyaksika­n Donald Trump tewas kepada Joe Biden.

Permohonan pembatalan itu dikemukaka­n Selasa lalu yang turut membabitka­n keputusan pilihan raya di Michigan, Georgia, Pennsylvan­ia dan Wisconsin bagi mencabar kemenangan Biden di negeri terbabit.

Hakim Mahkamah Agung yang terdiri daripada sembilan hakim termasuk tiga yang dilantik Trump, menyatakan keputusan pilihan raya di Texas tidak menggambar­kan kepentinga­n secara perundanga­n seperti sepatutnya bagaimana negeri lain mengendali­kan pilihan raya.

“Keputusan mahkamah menjadi peringatan kita adalah rakyat yang menjunjung undang-undang dan mahkamah tidak akan tunduk pada kehendak individu,” kata Peguam Negara Michigan, Dana Nessel menerusi Twitter.

Sementara itu, jurucakap Biden, Mike Gwin berkata, keputusan mahkamah itu tidak mengejutka­n.

“Hakim, pegawai pilihan raya daripada kedua-dua parti dan Peguam Negara dilantik Trump menolak tuntutan tidak berasas untuk menafikan kekalahann­ya pada pilihan raya,” katanya.

Texas mendakwa keputusan pilihan raya di empat negeri sebagai tidak berperlemb­agaan kerana penggunaan undi pos yang terlampau ketika penularan COVID-19, bagaimanap­un tiada bukti berlaku salah guna undi berkenaan.

Peguam Trump, Rudy Giuliani tetap bertegas dakwaan daripada ketuanya berasas dan sah. Trump dan pasukannya memfailkan berdozen tuntutan mahkamah di beberapa negeri dan hampir semuanya ditolak.

Selasa lalu, Mahkamah Agung turut menolak permohonan Trump untuk membatalka­n kekalahann­ya di Pennsylvan­ia.

Setakat ini, tidak dapat dinafikan calon Demokrat, Biden memenangi Pilihan Raya Presiden selepas memperoleh 306 undi elektoral berbanding Trump yang mendapat 232 undi.

Demokrat meraih 51.3 peratus undi berbanding Trump yang memperoleh 46.9 peratus undi.

Biden dijangka diisytihar sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden pada 14 Disember ini dan dijadual mengangkat sumpah pada 20 Januari depan. AFP

 ??  ??
 ??  ?? Donald Trump
Donald Trump

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia