Berita Harian

Pendekatan semberono sukarkan Indonesia tangani COVID-19

-

Bandung: Indonesia masih bergelut dengan gelombang pertama COVID-19 yang tidak berkesudah­an, walaupun selepas sembilan bulan berdepan pandemik itu.

Sehingga pertengaha­n bulan lalu, jangkitan masih tinggi dengan lebih 13 peratus rakyat disahkan positif selepas menjalani saringan.

Berdasarka­n Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), angka positif melepasi lima peratus daripada jumlah penduduk yang diuji diklasifik­asikan sebagai penularan yang gagal dikawal.

Akhir November lalu, republik itu mengharung­i peristiwa mengerikan apabila mengesahka­n lebih daripada setengah juta jangkitan, sejak kes pertama direkodkan awal Mac lalu.

Banyak kesalahan yang menjadi punca keadaan menyedihka­n itu yang wajar dikongsi oleh WHO dan kerajaan sebagai pengajaran bagi mengelak perkara sama berlaku di negara lain.

WHO yang meminimumk­an tahap jangkitan virus di luar China ketika awal pandemik dan memberi pujian keterlalua­n terhadap persediaan kerajaan Indonesia, membuatkan mereka alpa.

Dalam pada itu, matlamat ditetapkan Indonesia sendiri dalam memerangi pandemik turut menjejaska­n usaha menangani wabak, yang tahap jangkitan dan penularann­ya kerap dipandang remeh oleh penduduk republik itu.

Sementara itu, kerajaan Indonesia sendiri lebih risaukan kemerosota­n ekonomi berbanding usaha membantera­s penyebaran virus.

Tindakan pihak pentadbira­n yang sering meremehkan ancaman pandemik antara lain dengan mengatakan virus itu tidak mampu tahan cuaca panas dan lembap di republik berkenaan, turut menyumbang kepada kealpaan penduduk.

Seperti diakui Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada wawancara dengan BBC Februari lalu, tumpuan utama pentadbira­nnya adalah pada ekonomi yang makin teruk terjejas akibat perintah kawalan pergerakan.

Ditanya mengenai ancaman pandemik, beliau menegaskan perhatian utamanya ialah sama ada ia akan menjejaska­n Indonesia sebagai destinasi pelanconga­n, sekali gus mengurangk­an pendapatan daripada sektor itu.

Ketika seluruh dunia mengeluark­an larangan perjalanan untuk mencegah COVID-19, kerajaan sebaliknya menggunaka­n ‘dana pengaruh bernilai 72 bilion rupiah’ untuk mempromosi­kan Indonesia sebagai destinasi pelanconga­n.

Tumpuan kepada ekonomi menjelaska­n mengapa pentadbira­n Jokowi terus membisu mengenai virus itu ketika ia mula menular di Indonesia, dengan alasan mahu mencegah orang ramai atau panik, bagi mengelak kejatuhan ekonomi.

Ketika gesaan bagi perintah berkurung atau penutupan dibuat wilayah tertentu, umpamanya oleh Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, beliau dilihat sebagai ‘pembangkan­g’ bermotifka­n politik yang mahu merosakkan ekonomi setempat.

Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian, menegur syor itu dan mendakwa ia akan menjejaska­n ekonomi dan menyebabka­n rakyat panik, sekali gus mencetuska­n lebih banyak masalah. Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Maritim, Luhut Pandjaitan, meminta elit politik supaya bersikap matang dan berhenti mempolitik­kan pandemik itu. Menteri Politik, Undang-undang dan Keselamata­n, Mahfud MD, pula berkata masyarakat tidak perlu panik dengan bahaya COVID-19 kerana lebih banyak kematian berlaku akibat selesema, batuk kering dan denggi. Jokowi seterusnya mempertaha­nkan keengganan melakukan perintah berkurung berdasarka­n pertimbang­an ekonomi, selain memberi contoh Itali dan India mengalami masalah sosial akibat pendekatan itu. Akhirnya, selepas pandemik gagal dikawal, Jokowi masih tidak boleh membuat keputusan bagi mengarahka­n perintah berkurung, sebaliknya meminta ketua daerah membuat keputusan di kawasan masing-masing. Tindakan itu ditafsirka­n sebagai strategi beliau untuk melindungi dirinya daripada sebarang ancaman politik berikutan pelaksanaa­n perintah berkurung.

Sebaliknya, Jokowi mempromosi perintah berkurung bersasar yang menumpukan kawasan kecil bagi mengelak gangguan sosial lebih besar.

Bagaimanap­un, masalah bagi perintah berkurung sedemikian ialah keberkesan­annya kerana perlu diselarask­an dengan saringan dan pengesanan kontak yang masih kurang dilakukan di Indonesia.

Dekan Fakulti Perubatan Universiti Pembanguna­n Veteran Kebangsaan di Jakarta, Prijo Sidipratom­o, menjelaska­n dasar kerajaan itu adalah strategi berdasarka­n imuniti kelompok.

Kegagalan membuat keputusan itu akhirnya menyebabka­n Indonesia berakhir dengan hasil terburuk dengan penularan domestik tidak terkawal dan kemeleseta­n ekonomi pertama dialami sejak 22 tahun lalu.

Hanya pada September lalu, Jokowi bertukar nada dan mengakui bahaya mengutamak­an pemulihan ekonomi berbanding mengekang pandemik itu.

Asasnya, kegagalan pentadbira­n beliau mengekang wabak itu berpunca daripada kurang kemahuan politik untuk mengatasi masalah berkenaan kerana bimbang menjejaska­n ekonomi.

Sejarah akan menentukan sama ada pendekatan semberono Indonesia mungkin pilihan lebih baik berbanding Eropah, yang melaksanak­an perintah berkurung yang ketat, namun mungkin berdepan gelombang ketiga tidak lama lagi.

Apa pun, pada hakikatnya, usaha Indonesia menangani pandemik COVID-19 tidak boleh dianggap sebagai kejayaan bagi Jokowi.

 ??  ??
 ?? (Foto AFP) ?? Lebih setengah juta jangkitan dikesan akhir bulan lalu di Indonesia sejak kes pertama direkodkan awal Mac.
(Foto AFP) Lebih setengah juta jangkitan dikesan akhir bulan lalu di Indonesia sejak kes pertama direkodkan awal Mac.
 ?? (Foto AFP) ?? Angka korban COVID-19 di Indonesia semakin bertambah setiap hari.
(Foto AFP) Angka korban COVID-19 di Indonesia semakin bertambah setiap hari.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia