Berita Harian

REENA BAWA LARI AMAN KE KAMPUNG, PISAHKAN ANAK?

-

Segala-galanya bagaikan tidak kena. Belum pun sengketa antara pelakon, Aman Graseka, 53, dan isteri baharu, Reena Arina, 31, bersama anak pertama Aman, Nurdayini Ashiqah, 22, reda dan menemui jalan penyelesai­an, timbul pula tohmahan lain.

Sebelum ini, kecoh pergeseran antara Reena dan Nurdayini apabila isteri baharu Aman itu dituduh menjadi ‘penghalang’ pelakon 7 Hari Mencintaik­u itu bertemu anaknya.

Kekecohan bermula apabila Reena dan Nurdayini dilihat ‘berperang’ mulut dan berbalas komen menerusi entri Instagram (IG), Mac lalu.

Lebih memanaskan keadaan apabila Aman mempertaha­nkan isteri baharunya itu menerusi kenyataan yang diberi kepada BH, baru-baru ini.

Bagaikan gunung berapi meletus, Nurdayini dan ibunya yang juga penyanyi dangdut popular, Mas Idayu, dilihat memberi kenyataan demi kenyataan ‘melahar’ Reena.

Kini, keputusan Aman berpindah ke Sungai Petani, Kedah pula menjadi pertikaian apabila Reena dituduh membawa lari Aman jauh daripada anaknya.

Raja sempat berbual panjang dengan Reena, Rabu lalu. Model dan pelakon itu memberitah­u, dia sudah puas menangis apabila dihentam teruk hingga hendak memuat naik gambar dan aktiviti keluarga dalam laman sosial pun takut, sejak akhir-akhir ini.

“Saya diberi gelaran ‘mak tiri jahat’, malah ada netizen yang sanggup nak hantar santau kepada saya.

“Itu belum lagi kecaman dalam laman sosial, maki hamun berbakulba­kul dalam mesej peribadi. Saya dan Aman pernah kena ‘kutuk’ depandepan ketika berjalan di pusat belibelah.

“Memang malu, tetapi mujur Aman ada. Dialah yang menjelaska­n segalagala­nya kepada orang luar yang tidak faham dan terus menuding jari menyalahka­n saya.

“Saya bersyukur Aman memahami keadaan, malah tidak membiarkan orang luar terus mengutuk dan mencaci maki saya. Aman juga sering menasihatk­an saya tidak mempedulik­an kecaman dalam laman sosial,” dakwanya.

Reena mengakui, keputusan Aman berpindah ke kampung halamannya di Sungai Petani bukan mengikut telunjukny­a.

“Sebenarnya, kami sangkut di kampung ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Aman mula selesa tinggal di kampung, lagi pun, dia mahukan ketenangan pada usia begini.

“Kalau ikutkan saya lebih suka tinggal di Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan kerjaya seni Aman, tetapi ini adalah pilihannya.

“Bagaimanap­un, ada pula yang menuduh saya membawa lari Aman ke Kedah kerana mahu memisahkan dengan Nurdayini. Siapa saya mahu pisahkan Aman dengan anaknya... Itu darah dagingnya.

“Jika boleh saya mahu Aman berbaik dengan Nurdayini, sebab saya tahu Aman terlalu sayang anaknya, ” katanya.

Reena berkata, Aman masih banyak menerima tawaran lakonan, cuma suaminya enggan menerima watak yang berpeganga­n bukan dengan muhrim.

“Aman terpaksa menolak banyak tawaran disebabkan keputusann­ya tidak melakukan adegan bersentuha­n dengan wanita. Walaupun melakonkan babak bapa dengan anak, Aman tetap tak mahu berpeganga­n.

“Jadi, watak yang diterima agak terhad. Bagaimanap­un, kami percaya rezeki di tangan Tuhan. Aman sedang melakukan persediaan untuk menduduki kerusi pengarah.

“Dia berpengala­man dalam dunia lakonan, sudah masanya beralih ke bidang pengarahan pula,” katanya yang mengusahak­an perniagaan kecilkecil­an menjual popia viral dan kuih tradisiona­l.

Aman dan Reena mendirikan rumah tangga pada 2018 dan dikurniaka­n cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah yang berusia dua tahun. Pasangan ini merancang memiliki cahaya mata lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia