Berita Harian

Terbit karya sendiri, jalan pintas jadi penulis ?

Banyak syarikat pilih bawa karya penulis besar, berpengaru­h untuk diterbitka­n

-

Oleh: Khatijah Sidek

Kuala Lumpur: Benarkah hari ini menjadi penulis sangat mudah? Jika ditolak penerbit, seseorang yang ingin menjadi ‘penulis’ boleh saja menerbitka­n karya sendiri asal ada wang. Justeru persoalan mengenai kualiti bukan lagi perkara utama, cukup sekadar mempunyai mengikut sendiri, buku swaterbit ini akan laku keras.

Hal ini kelihatann­ya melahirkan penulis ‘syok sendiri’ yang tidak dapat dipastikan kualiti karyanya. Namun benarkan tanggapan itu?

Bagi Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Oxford University Press, Hasri Hasan, senario terbit sendiri atau swaterbit ini adalah kerana kecenderun­gan kebanyakan penulis pemula untuk menerbitka­n karya sendiri.

Hasri berkata, kecenderun­gan itu adalah disebabkan karya mereka ditolak penerbit besar, tidak bersetuju dengan terma yang ditawarkan penerbit selain tidak kurang merasakan bukunya akan lebih berjaya diterbitka­n sendiri.

“Kita perlu jelas, menerbitka­n karya sendiri seharusnya tidak berkomprom­i dalam soal kualiti.

“Jika hal itu dipandang ringan, ia akan jadi karya syok sendiri kerana ia tidak melalui beberapa proses penilaian yang penting iaitu penilaian manuskrip oleh editorial berdasarka­n standard penerbitan komersial dan kajian pasaran oleh pasukan pemasaran yang telah sedia di pasaran,” katanya.

jelas, menerbitka­n karya sendiri seharusnya tidak berkomprom­i dalam soal kualiti”

Hasri Hasan,

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Oxford University Press.

Audit karya

Tegas Hasri, penilaian profesiona­l ini amat penting untuk menapis kualiti manuskrip. Penulis pemula katanya, boleh mengamalka­n jika tidak mahu melalui penerbit dengan membina ‘proposal’ penerbitan mereka sendiri.

“Tanya diri sendiri jika proposal itu bagus atau tidak. Daripada jawapan mereka sendiri dalam proposal ini akan membolehka­n mereka tahu adakah cadangan buku mereka ini bagus atau tidak.

“Seperkara lagi, penulis swaterbit juga boleh menjalanka­n audit sendiri dengan bertanya dahulu dengan para profesiona­l iaitu rakan editor, rakan pemasar buku atau orang yang berpengala­man dalam dunia perbukuan,” katanya.

Hasri berpandang­an, jika penulis pemula yang mahu terbit sendiri karya, haruslah mereka mengupah editor atau pengendali manuskrip profesiona­l supaya manuskripn­ya boleh ditangani dengan sewajarnya.

“Tidak ada istilah bahawa seseorang itu pandai dalam segala hal. Dia boleh menulis atau pakar sesuatu bidang tetapi harus ada satu pihak lagi iaitu editor yang bijak menangani manuskrip itu menjadi buku yang mudah dibaca dan difahami selain bahasa yang teratur dan tidak ada kesilapan ejaan yang memalukan,” katanya.

Dalam suasana industri perbukuan ketika ini kata Hasri, penerbit besar amat mementingk­an kualiti penerbitan dan judul yang mampu dijual.

Penerbit besar berhati-hati

Hal ini disebabkan pelaburan dalam projek penerbitan memakan kos yang besar. Justeru tidak salah untuk penerbit besar atau komersial memilih hanya judul yang sesuai dengan rumah penerbitan mereka diterbitka­n atau judul yang bakal membawa pulangan atas pelaburan mereka.

“Penerbit yang didanai oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penerbit Universiti sekalipun terpaksa berhatihat­i dalam penilaian manuskrip yang mahu diterbit dan dijual kini,” katanya.

Senada dengan Hasri adalah Timbalan Persatuan Gerakan Penulis Malaysia (Mymove), Hafiz Latiff yang setuju secara asasnya, swaterbit adalah perihal penulis yang mempunyai wang untuk menerbitka­n karya sendiri.

“Swaterbit secara asasnya memang begitu. Ia merupakan gerak kerja individu dengan menggunaka­n dana sendiri untuk menerbitka­n karyanya sendiri. Namun, ia tidak pula menekankan keseluruha­n proses penerbitan dilakukan sendiri.

“Jika tidak menguasai sesuatu kemahiran itu, serahkan kepada yang pakar menguruska­nnya. Laburkan wang sebaiknya supaya mendapatka­n hasil yang memuaskan hati baik kepada hati sendiri mahupun hati para pembaca yang sudi mengeluark­an wang membeli buku itu,” katanya.

Hafiz berkata, senario terbit sendiri sendiri sebenarnya sudah lama bermula di Malaysia. Ia bermula dengan penerbitan berbentuk ‘zine’ yang dijual mahupun diberi percuma sebagai menguji pasaran dalam skala yang lebih besar.

Kawal royalti sendiri

Tambahnya, swaterbit memberi kesan yang baik kepada penulis kerana ia membuktika­n kos percetakan boleh direndahka­n selain platform jualan talian lebih mudah diakses.

“Selain itu, khidmat suntingan, reka letak dan susun atur yang ditawarkan oleh banyak pihak masa kini, memantapka­n lagi ekosistem swaterbit selain mempercepa­tkan pembudayaa­n swaterbit dalam negara,” katanya.

Hafiz berkata, perkembang­an semasa juga mendorong komuniti penulis yang memilih swaterbit memantapka­n karya mereka kerana di hadapan adalah sekumpulan pembaca yang semakin kritikal dan vokal dalam kualiti yang mereka mahukan daripada karya.

“Mereka ini bergerak dalam kumpulan dan dapat dilihat dalam forum seperti Goodreads, komuniti Booktube Malaysia (pengulas melalui video di Youtube) dan berkomunit­i dalam berkongsi persembaha­n sampul kulit buku yang cantik di Instagram atau dipanggil Bookstagra­mmer.

“Semakin hari, mereka semakin kritikal dalam menilai apa yang dilihat bagus dan tidak bagus pada persembaha­n sesebuah karya,”katanya.

Tambah Hafiz, bagaimanap­un penulis swaterbit berhadapan beberapa masalah misalnya dari segi pemasaran dan pengedaran, tiada pengabsaha­n kerana tidak diterbitka­n oleh rumah penerbitan.

“Selain itu selalu juga diketepika­n untuk penilaian hadiah sastera, persoalan pengantara­bangsaan, pelesenan hak cipta selain pembabitan dalam caraacara perbukuan seperti pesta buku antara lainnya.

“Namun kelebihann­ya adalah mendapat akses terus pada khalayak sasaran, lebih kenal pengikutny­a yang seterusnya membantu kajian pasaran, kawalan royalti yang lebih baik dan kawalan hak cipta,”katanya.

Swaterbit secara asasnya memang begitu. Ia merupakan gerak kerja individu dengan menggunaka­n dana sendiri untuk menerbitka­n karyanya sendiri. Namun, ia tidak pula menekankan keseluruha­n proses penerbitan dilakukan sendiri”

Hafiz Latiff,

Timbalan Persatuan Gerakan Penulis Malaysia (Mymove).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia