Berita Harian

Menelusuri sejarah Jambi di Kemaman

Rumah Jambi dibina anak aristokrat yang melarikan diri daripada buruan Belanda

-

mengambil masa tiga bulan.

“Dahulu terdapat sungai yang masih berfungsi sebagai jalan utama penduduk. Namun kini sebahagian­nya menjadi tohor dan hutan,” katanya yang juga anak kelima Almarhum Engku Mahmud daripada enam beradik, beribukan isteri ketiga Almarhum, Jemilah.

“Pembinaan rumah ini bermula sekitar tahun 1933. Memandangk­an strukturny­a daripada kayu balak yang besar dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, kerja secara gotongroyo­ng dilakukan. Ada juga sebahagian bahan yang diimport dari negara luar,” ujarnya.

Menurutnya, atap genting asal yang masih kekal itu dibawa dari Malibar, India melalui Singapura ke Kuala Kemaman. Dari sana ia dibawa menggunaka­n tongkang ke Pasir Gajah

Katanya, bentuk tanduk di bahagian perabung atap itu adalah ikon tradisi masyarakat Jambi yang diabadikan dalam binaan itu. Reka bentuk bumbung pula bercirikan limas bungkus, yang juga ciri bumbung lama masyarakat Melayu.

“Dahulu, terdapat sebuah kolah yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. Dua pintu utama iaitu pintu hadapan dan belakang atau di bahagian dapur masih kelihatan kukuh dengan rekaan malar segar.

“Mengenai kerangka bangunanny­a pula, ia terbina daripada kayu balak yang diketam dan diusahakan menggunaka­n peralatan tradisiona­l seperti beliung, ketam, dan ketak.

“Kebanyakan kayu terdiri daripada kayu cengal yang tahan lama hingga sekarang. Bagaimanap­un tiang asal daripada kayu balak rosak digantikan dengan konkrit pada tahun 2007 oleh Jabatan Warisan Terengganu,” katanya.

Rumah tanpa paku

Tegas Tengku Abdul Jabar, binaan asal rumah itu dibangunka­n tanpa menggunaka­n sebarang paku.

Uniknya binaan Rumah Jambi terdiri daripada beberapa bahagian seperti Rumah Ibu, Rumah Bandung, Sorong Tamu, Beranda Kanan, Beranda Kiri dan Sorong Dapur. Sisip angin di bahagian atas tingkap membenarka­n semilir memasuki ruang dalam.

“Ketika hayatnya Allahyarha­m Engku Mahmud turut membina sebuah masjid untuk kegunaan ahli kariah yang kian bertambah. Masjid itu menjadi lokasi perkembang­an awal agama Islam setempat.

“Seni bina masjid ini juga memiliki ciri unik budaya Melayu Jambi seperti menara kubah dan ukiran buah nanas pada bumbungnya,” katanya.

Abdul Jabar berkata, struktur masjid danrumah Jambi membuktika­n kesan sejarah budaya Melayu Jambi, Islam dan pengaruh Inggeris disamping seni bina Melayu Nusantara sendiri.

“Di bahagian belakang masjid turut menempatka­n tanah perkuburan untuk kerabat yang meninggal dunia termasukla­h pusara Allahyarha­m Engku Mahmud,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia