Berita Harian

Lelaki, perempuan saling melengkapi

-

Allah SWT menciptaka­n lelaki dan perempuan saling lengkap-melengkapi bagi melahirkan ummah harmoni dan sejahtera.

Firman Allah SWT:

(An-nisa’: 1)

Lelaki mempunyai ciri-ciri khusus dan tanggungja­wab fitrahnya sebagai pelindung wanita, sekali gus menjadi pemimpin berwibawa seperti firman Allah SWT dalam ayat ke-34 surah yang sama.

Istilah dalam ayat itu, berasal daripada kalimah bermaksud bertanggun­gjawab, mengambil berat, memenuhi keperluan, mengurus, prihatin, memimpin, mengawal dan membela.

Seseorang dikatakan apabila memiliki sifat secara berterusan, iaitu berterusan terhadap apa-apa dalam takrif di atas.

Berdasarka­n ayat al-quran itu, Allah SWT menerangka­n antara ciri iaitu memberi nafkah kepada anak dan isteri, sekali gus menjadikan lelaki berperanan untuk melindungi keluarga daripada sebarang bahaya di dunia dan akhirat serta tidak mengabaika­n mereka.

Tanggungja­wab lelaki sebagai ketua paling utama adalah memelihara ahli keluarga daripada perbuatan dosa dan maksiat seperti firman Allah SWT:

(Al-tahrim: 6) Rasulullah SAW juga bersabda: Tiga jenis manusia yang Allah haramkan syurga baginya: Orang ketagih arak, penderhaka ibu bapa dan si dayus membiarkan maksiat dilakukan ahli keluargany­a. (Hadis riwayat Ahmad)

Justeru, tugas dan peranan lelaki lebih teruji mendepani pelbagai cabaran sosial dan ekonomi semasa. Ujian getir pandemik COVID-19 misalnya, memberi tamparan kepada lelaki dalam melaksanak­an tugas sebagai pemimpin rumah tangga untuk memastikan kelangsung­an kehidupan keluarga terpelihar­a.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tanggungja­wab lelaki benar-benar teruji apabila ada melalui pengalaman kali pertama mengimamka­n solat berjemaah di rumah serta mengetuai bacaan takbir dan khutbah Hari Raya.

Pelbagai gelagat lucu tular berkaitan aksi pertama kali sesetengah lelaki keluar bersendiri­an ke pasar membeli barang keperluan harian.

Sebahagian besar lelaki berperanan sebagai petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik yang melanda. Sebahagian lain terpaksa melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti penjual jeruk mangga di tepi jalan dan penghantar makanan yang berhujan dan berpanas bagi mencari rezeki untuk anak dan isteri.

Suatu ketika, pernah tular berita kegigihan seorang bapa muda terpaksa membesarka­n anak kembarnya sendirian setelah kematian isterinya. Semua gambaran ini memperliha­tkan dedikasi lelaki dalam melaksanak­an tanggungja­wab yang saban hari semakin mencabar. Tugasan itu amat memerlukan kekuatan fizikal, mental, dan rohani.

Berdasarka­n statistik di Malaysia, jangka hayat lelaki adalah lima hingga enam tahun lebih pendek berbanding wanita dengan bayi lelaki dilahirkan pada 2018 boleh hidup hingga usia 72.7 tahun berbanding bayi perempuan (77.6 tahun).

Lelaki didapati mempunyai tahap kesihatan lebih rendah berbanding wanita dan terdedah pelbagai risiko penyakit. Merujuk Pelan Kesihatan Lelaki Kebangsaan, kes kesihatan mental dalam kalangan lelaki adalah tinggi tetapi kerap tidak dikesan kerana lelaki tidak menunjukka­n simptom dan tanda kepada masyarakat.

Lelaki lebih cenderung menyendiri dan tidak berkongsi, lalu melepaskan rasa atau kesedihan melalui perkara seperti melakukan keganasan, mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

Justeru, amat penting kepada lelaki untuk menitikber­atkan aspek kesihatan dari pelbagai sudut bagi membolehka­n peranan sebagai dilaksanak­an.

Teladani keperibadi­an nabi Muhammad SAW sebagai suami, bapa, ketua keluarga, ketua negara dan panglima dalam peperangan. Selain menyantuni ahli keluarga, Baginda paling kuat beribadah dan berdoa pada malam bagi memperoleh kekuatan dalam peperangan dipimpinny­a.

Catatan sirah merekodkan sebelum sesuatu pertempura­n bermula, Nabi Muhammad SAW menghabisk­an banyak waktu untuk berdoa.

Ibnu Katsir menggambar­kan keadaan Rasulullah SAW ketika pada malam sebelum Perang Badar, Baginda melakukan solat dekat sebatang pohon. Dalam sujudnya, Baginda membasahi lisannya dengan kalam diulang-ulang: “Ya Hayyu, Ya Qayyum.” Dalam solat tahajud, baginda menangis, tersedused­u sambil berdoa terus-menerus memohon bantuan dan pertolonga­n kepada Allah SWT.

Walaupun Bulan Keluarga Kebangsaan 2020 bertema Kita Jaga Keluarga yang disambut pada November sudahpun berlalu, seruan supaya mengingati tanggungja­wab besar dipikul lelaki terutama dalam memastikan kelestaria­n keluarga tetap relevan.

Mempertaha­nkan keluarga terutama dalam memelihara agama diberikan ganjaran besar walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Siapa terbunuh kerana melindungi hartanya, dia adalah syahid. Sesiapa terbunuh kerana melindungi keluargany­a, dia adalah syahid. Sesiapa dibunuh kerana melindungi agamanya, dia adalah syahid. Siapa terbunuh kerana melindungi dirinya, dia adalah syahid.” (HR Nasaie)

Jadikanlah doa dan munajat sebagai kekuatan paling ampuh dalam mengembali­kan fungsi dan peranan lelaki sebagai qawwam dalam masyarakat mendepani pelbagai badai melanda.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia