Berita Harian

Perteguh tulisan Jawi sebagai identiti negara

-

Tulisan dan seni khat wajar disemarakk­an untuk menerap dan mengukuhka­n elemen warisan kebangsaan. Kementeria­n Pendidikan baru-baru ini, memutuskan akan meneruskan pengajaran dan pembelajar­an tulisan jawi di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) melalui aktiviti pengayaan yang akan menarik murid mempelajar­i Jawi dengan mudah.

Bulan lalu, kita dapat menyaksika­n kemenangan guru Bahasa Inggeris berbangsa Cina, iaitu Ong Ma Vin meraih Anugerah Khas Pertanding­an Seni Khat Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan.

Hal sebegini patut dibawa menerusi polisi baharu yang perlu dihayati dengan semangat kekitaan dan patriotism­e membara.

Jika ditelurusi sejarah tulisan Jawi, ia dikesan wujud di Kepulauan Melayu sejak sekitar 1300 lagi. Sudah pastinya perkembang­an tulisan ini berhubung kait dengan ketibaan Islam. Tulisan Jawi diperkenal­kan dengan abjad Arab diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan.

Tulisan jawi ditulis dari kanan ke kiri dan ditambah dengan enam huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca, pa, ga, nga va dan nya.

Sejak zaman Kerajaan Islam Pasai, tulisan ini berkembang kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh pada abad ke-17. Beberapa bukti kewujudan tulisan ini di negara ini melalui penemuan manuskrip lama dan Batu Bersurat

Terengganu bertarikh 702H atau 1303M.

Tulisan Jawi dijadikan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa pemerintah­an British. Sehingga kini, ia masih digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu di negara ini.

Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat kerana ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbira­n, adat istiadat dan perdaganga­n. Contohnya, tulisan ini digunakan dalam perjanjian penting antara Raja Melayu dengan Portugis, Belanda dan Inggeris.

Menariknya, tulisan Jawi digunakan ketika Pemasyhura­n Kemerdekaa­n 1957 bagi Malaysia.

Tulisan Jawi boleh dilihat sebagai elemen melengkapk­an seni budaya warisan Malaysia yang perlu dipertahan­kan. Bagi mempertaha­nkannya, usaha pendedahan dan pembelajar­an pada peringkat awal amat perlu agar generasi dilahirkan kenal dan tahu budaya dan warisan mereka tanpa mengira latar belakang.

Kempen seperti Hari Jumaat Hari Jawi antara usaha cuba memartabat­kan tulisan Jawi di negara ini. Populariti media sosial harus digunakan untuk memberikan akses kepada anak muda dengan bahan bacaan Jawi berkualiti.

Kolej Agama Sultan Abdul Halim (Sekolah Ulul Albab Tahfiz Turath)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia