Berita Harian

Zoo negara lokasi popular melihat pelbagai aksi haiwan

Harimau, gajah dan Orang Utan antara binatang yang menjadi tarikan pelancong.

- Aksi panda, Penulis berkesempa­tan

Situasi melanda Zoo Negara membabitka­n masalah kewangan dihadapi pihak pengurusan susulan penutupan tempat tarikan itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

(PKPB) pastinya mendapat perhatian ramai pihak di negara ini.

Apatah lagi zoo yang menempatka­n kira-kira 5,100 jenis haiwan ini mempunyai nilai sentimenta­l yang besar kerana menyimpan banyak kenangan sejak ia dibuka pada 1963.

Sejak pendedahan tabung kecemasan Zoo Negara hanya mampu bertahan kira-kira tiga bulan sahaja lagi susulan penutupan sementaran­ya ketika PKPB, ramai yang tampil ke depan untuk membantu.

Perkara itu diakui Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana yang mengesahka­n ramai pihak menyatakan kesudian untuk memberi bantuan kewangan membabitka­n pihak swasta, bank dan individu.

Beliau menyifatka­n keadaan semakin baik selepas masalah itu didedahkan di mana ramai pihak tampil menyumbang membantu kelangsung­an zoo itu untuk terus bertahan.

Sehingga kini, Zoo Negara ditutup semula sepanjang tempoh PKPB, sejak 14 Oktober lalu selepas dibenarkan beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tentu ramai pihak yang tidak sabar menantikan pembukaan semula operasinya apabila tamat PKPB kelak.

Tumpuan warga kota, pelancong

Bagi penulis yang berkesempa­tan memanfaatk­an cuti umum, pada September lalu ke Zoo Negara

sebelum ia ditutup sepanjang PKPB, memperliha­tkan premis itu wajarnya terus kekal jadi pusat tumpuan pelancong.

Tambahan pula lokasinya terletak di Hulu Klang, ia antara destinasi pilihan warga kota berkunjung zoo itu yang dirasmikan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj.

Dapat lihat di sinilah kanakkanak begitu riang sebaik saja memasuki pintu utama yang turut menyediaka­n beberapa kedai cenderahat­i yang menjual patung haiwan dan mainan bagi tarikan mereka.

Penulis dan keluarga sempat merakam gambar kenangan dengan latar belakang prop haiwan di hadapan pintu masuk oleh jurufoto profesiona­l Zoo Negara.

Sesuai pelbagai peringkat usia

Zoo Negara yang menempatka­n 5,137 haiwan dengan 459 spesies dan ditadbir oleh Persatuan Zoologikal Malaysia, sesuai dikunjungi pelbagai peringkat usia.

Di sini ada 16 pameran yang ada di Zoo Negara antaranya Taman Reptilia, Pusat Amfibia, Taman Burung, Laluan Savanah, Dunia Mamalia dan Dunia Kanak-kanak.

Sudah pasti kanak-kanak akan terhibur melihat pelbagai gelagat haiwan seperti monyet, ungka dan siamang.

Lebih menggembir­akan apabila si kecil berpeluang memberikan makanan seperti lobak merah buat rusa di situ.

Teruja melihat gajah, zirafah

Tambah mengujakan dapat melihat gajah, zirafah, buaya, harimau dan singa bertukar lelah kerana kawasannya yang luas membabitka­n 45 hektar keseluruha­n keluasan.

Namun, senyuman terukir semula ketika kami tiba di Kompleks Konservasi Panda Gergasi yang menempatka­n Liang Liang, Xing Xing dan Yi Yi.

Tarikan tentu sahaja di 'rumah' panda di mana barisan panjang boleh dilihat untuk melihat haiwan dari China ini.

Bagi menjaga penjarakan fizikal, pengunjung diberikan tempoh masa tertentu untuk melawat panda bagi mengelakka­n kesesakan

Ketika kami masuk, nampaknya kami terlepas untuk melihat aksi haiwan itu kerana ketigatiga­nya sedang menikmati waktu tidur.

Liang Liang dan Xing Xing dipinjamka­n kepada Malaysia melalui Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabang­sa Panda Gergasi pada, Mei 2014 dan sehingga kini sudah enam tahun 'menetap' di Zoo Negara.

Panda berkenaan melahirkan anak pertama pada 18 Ogos 2015 yang diberi nama Nuan Nuan.

Nuan Nuan telah dihantar pulang ke China pada 14 November 2017 sebagai memenuhi syarat perjanjian kedua-dua negara.

Anak kedua pasangan panda itu, Yi Yi pula dilahirkan pada 14 Januari 2018 dan masih berada di bawah jagaan Zoo Negara.

Lokasi pendidikan

Peluang menyaksika­n panda mengakhiri kunjungan ke Zoo Negara. Walaupun penat namun ternyata si kecil tersenyum riang kerana dapat melihat pelbagai jenis haiwan.

Dengan apa yang dapat disaksikan di Zoo Negara, besar harapan penulis supaya premis itu dapat beroperasi semula meskipun perlu mematuhi SOP ketat sebagai lokasi pendidikan buat kanak-kanak dan pelajar meneroka dunia hidupan liar.

PKPB baru-baru ini.

melawat Zoo Negara sebelum

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia