Berita Harian

Alisson ceriakan Liverpool

Penjaga gol Reds kembali berlatih menjelang aksi menentang Fulham, Spurs

-

Liverpool: Liverpool mendapat perkhabara­n gembira apabila penjaga gol utamanya, Alisson kembali berlatih, semalam.

Perkara itu didedahkan pengurusny­a, Jurgen Klopp yang mengakui penjaga gol itu akan bersaing untuk kembali dalam kesebelasa­n utama berdepan Fulham, tengah malam ini.

Malah, ia berita gembira menjelang aksi getir menentang pendahulu liga, Tottenham Khamis ini.

Alisson diketepika­n kerana kecederaan hamstring sejak awal bulan dan Caoimhin Kelleher

mengambil alih tugasnya berdepan Ajax, Wolves dan Midtjyllan­d.

Kelleher menyinar ketika ketiadaan Alisson tetapi tidak diragui pemain Brazil itu akan kembali apabila cergas sepenuhnya sebagai seorang daripada pemain paling penting dan penjaga gol berkelas dunia milik Reds.

Ia mungkin hadir pada saingan tengah malam ini ketika berkunjung ke Fulham, dengan Klopp menjelaska­n dia melalui latihan tanpa sebarang masalah dan dia ‘boleh bermain.’

“Benar, Ali akan kembali berlatih dan jika semua bagus dia boleh bermain,” kata Klopp.

Pengurus itu masih tidak boleh menggunaka­n khidmat James Milner, Xherdan Shaqiri dan Thiago sambil menambah bahawa ‘tiada siapa akan kembali’ ketika keraguan ditimbulka­n berkaitan Diogo Jota dan Kostas Tsimikas.

“Kami melalui perlawanan dua hari lalu. Dan selepas perlawanan itu, kami hadapi sedikit masalah.

“Kami perlu melihat, imbasan akhirnya berjaya dilakukan. Masalah Kostas akan kita lihat, Diogo juga akan kita lihat - kami ada masalah kecederaan. Ia kerana perlawanan itu,” kata Klopp. AGENSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia