Berita Harian

Skuad khas rancakkan saingan Liga Perdana

-

Kuala Lumpur: Kehadiran Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam)-majlis Sukan Negara (MSN) dalam Liga Perdana musim depan mendapat penerimaan positif daripada pasukan bertanding dan mampu merancakka­n lagi saingan divisyen dua itu.

Malah, peluang beraksi dalam Liga Perdana bakal menjadi medan terbaik untuk pemain dalam skuad terbabit menyerlahk­an potensi mereka sekali gus membuka ruang kepada mereka memikat mana-mana pasukan Liga Malaysia (Liga M) atau kelab luar negara untuk masa depan.

Tambahan pula, kehadiran empat pasukan pembanguna­n iaitu Johor Darul Ta'zim II (JDTII), Terengganu FC II (TFCII), Selangor II dan Perak II yang turut membariska­n pemain muda pasti menjadi elemen menarik yang bakal menyajikan aksi lebih pantas dan bertenaga.

Jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim menyokong pembentuka­n semula skuad yang dianggap ‘kelahiran semula’ Harimau Muda itu kerana mampu memberikan pendedahan berguna kepada pemain muda yang berusia 20 tahun ke bawah.

“Sebagai jurulatih yang banyak melatih bakat muda, saya rasa penyertaan Skuad Projek FAM-MSN ini tepat pada masanya bagi jangka masa panjang dan situasi ini juga baik kepada pasukan yang akan bersaing di Liga Perdana musim depan.

“Pemain muda ini memerlukan satu transisi dalam karier mereka semasa di peringkat remaja ke senior untuk mematangka­n cara permainan dan peluang bermain di Liga Perdana boleh membuka ruang itu.

“Apa yang penting dengan aksi di Liga Perdana, kita harap boleh membantu mereka sebagai persediaan untuk kejohanan utama di luar negara terutama di Sukan SEA 2021,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia