Berita Harian

Tonton video Selangor buka hati Heubach

-

Kuala Lumpur: Pertahanan import Selangor FC, Tim Heubach mengakui tindakanny­a menonton video berkaitan pasukan Gergasi Merah di Youtube membuka pintu hatinya menerima tawaran pasukan gergasi Merah Kuning itu.

Menurut pemain berusia 32 tahun itu, dia sudah ‘mengorek’ maklumat mengenai pasukan baharunya itu dan mengakui teruja merasai cabaran baharu dengan bola sepak di Asia.

“Saya tidak pernah sampai ke Asia sebelum ini dan ingin mencari cabaran baru di sini sebelum pulang ke Jerman suatu hari nanti.

“Semasa saya diberitahu oleh Michael Feichtenbe­iner mengenai Selangor FC, saya sangat teruja dan menonton banyak video berkaitan pasukan Gergasi Merah di Youtube dan perlawanan siaran langsung.

“Jadi, timbul keyakinan untuk saya bermain untuk pasukan ini dan saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada perancanga­n terbaharu Selangor FC,” katanya.

Terdahulu, DNA Jerman terus ‘mengalir’ di Selangor FC selepas pasukan itu sah mengikat pertahanan tengah dari Eropah Barat itu untuk memperkasa benteng bagi mengharung­i saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain dari Neuss, Jerman itu menjadi pemain import baharu pertama buat The Red Giants

Tim Heubach

musim depan selain menjadi pemain baharu kedua selepas mereka sudah mengikat penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Md Fauzi sebelum ini.

Kelebihan fizikal dengan ketinggian 1.92 meter pasti ditagih untuk mengukuhka­n lagi pertahanan Selangor FC selain pengalaman­nya beraksi di saingan Divisyen Dua Bundesliga menentang pasukan elit di Jerman.

Selangor bakal menjadi kelab Asia pertama buat Heubach dengan dia pernah beraksi bersama Borussia Monchengla­dbach II, 1 FC Kaiserslau­tern dan FSV Frankfurt selain di Maccabi Netanya dalam Liga Perdana Israel.

Sebagai rekod, Selangor FC mengekalka­n dua pemain import daripada musim lalu iaitu penjaring terbanyak Liga Super, Ifedayo Olusegun dan Safuwan Baharudin yang mengisi kuota import ASEAN.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia