Berita Harian

Lang Merah risik Sumareh

-

Alor Setar: Pemain sayap kebangsaan, Mohammadou Sumareh difahamkan sedang dirisik pasukan Kedah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC musim depan.

Perkara ini disahkan oleh sumber terdekat skuad Lang Merah yang mengakui sedang berunding dengan pemain naturalisa­si pertama negara itu yang difahamkan masih belum diikat oleh mana-mana pasukan setakat ini.

Namun, hajat Kedah itu berliku kerana terpaksa bersaing dengan beberapa lagi pasukan yang berminat menandatan­gani pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Keli Boy’ terbabit.

“Kedah kini sedang merisik Sumareh sebagai persiapan untuk musim depan dan tidak mustahil jika dia dapat beraksi bersama Kedah, namun buat masa ini, masih di peringkat merisik.

“Bagaimanap­un, bukan sahaja Kedah, tetapi beberapa kelab lain juga sedang berusaha bagi mendapatka­n khidmat Sumareh selepas dia belum diikat oleh mana-mana pasukan,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Sumareh dikaitkan dengan perpindaha­n ke pasukan Selangor selepas kontrak yang ditawarkan oleh FAS kepada bekas pemain Pahang ini ‘bocor’ dan tersebar di laman media sosial serta mengundang berbagai persoalan.

Namun, desas-desus itu terpadam selepas Selangor FC mengesahka­n pemain sayap kebangsaan itu tiada dalam perancanga­n Red Giants musim hadapan sekali gus situasi ini membuka peluang kepada pasukan lain untuk merebut pemain negara yang meledak enam gol dalam 19 penampilan bersama Harimau Malaya sejak 2018.

Menurut rekod pemain berusia 26 tahun kelahiran Gambia ini memulakan kariernya di Liga M dengan menyertai pasukan PDRM pada musim 2013 sebelum berhijrah ke Perlis pada 2016 dan kemudianny­a menyertai skuad Tok Gajah Pahang bermula 2017.

Bagaimanap­un, September lalu, dia ‘lari’ meninggalk­an Pahang dengan beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Police Tero dan hanya mengikat kontrak selama enam bulan bersama pasukan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia