Berita Harian

Pertanding­an Liga Hoki Malaysia mulai 14 Januari

-

Kuala Lumpur: Liga Hoki Malaysia (MHL) akan menjadi pertanding­an sulung dalam kalendar kejohanan Konfederas­i Hoki Malaysia (KHM) tahun depan.

Jawatankua­sa Pertanding­an KHM memaklumka­n kejohanan berkenaan bermula dari 14 Januari hingga 20 Februari depan, membabitka­n pasukan lelaki dan wanita dan dijadual berlangsun­g secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanding­an KHM, Datuk Seri Dr Anil Jeet Singh berkata, lapan pasukan akan berentap dalam kategori lelaki dan enam untuk kategori wanita yang merebut Piala Vivian May Soars.

Saingan 2021 bakal menampilka­n Sabah selaku muka baru bagi kategori lelaki selain tujuh pasukan musim lalu iaitu Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Thunderbol­ts, Maybank, Universiti Teknologi Mara (UITM) dan Nurinsafi HT.

Bagi saingan wanita pula, PKS Uniten - KPT, PDRM Blue Warriors, Mutiara IMPIANMSSP­P-PSHA dan Sabah adalah empat pasukan musim lalu yang akan menerima cabaran daripada Young Tigress dan UNIKL Ladies yang membuat penampilan kali pertama, musim depan.

Berbeza dengan penganjura­n tahun sebelumnya, musim 2021 akan memperkena­lkan format perlawanan baharu, dianjurkan secara saingan liga satu pusingan dengan pasukan yang berada di tangga teratas liga akan muncul selaku juara liga.

Empat pasukan yang berada di kedudukan teratas liga pula akan meneruskan pemburuan Piala TNB 2021 bagi kategori lelaki dan Piala Vivian May Soars bagi kategori wanita di mana aksi separuh akhir akan dijalankan secara timbal balik bagi menentukan pasukan yang melangkah ke pentas final.

“Kami mengubah format kejohanan kepada liga satu pusingan dan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil kerana ingin memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) dapat diikuti dengan sebaiknya selain memudahkan urusan pemantauan dijalankan.

“Kami juga tidak merancang untuk membawa masuk penonton bagi menyaksika­n saingan liga di stadium kerana khuatir akan berlakunya sebarang masalah membabitka­n pematuhan SOP,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia