Berita Harian

Jonathan buat Haiqal ‘terduduk’

-

(kiri) pada Karnival MSN 2020, semalam.

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih olahraga negara, Manshahar Abdul Jalil menyifatka­n persaingan sengit antara Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi di Karnival Majlis Sukan Negara (MSN) 2020, semalam dianggap sebagai sesuatu yang positif.

Jonathan memenangi dua pingat emas dalam acara 100 meter (m) dan 200m lelaki dengan pelumba dari Sarawak itu menewaskan Haiqal yang juga Raja Pecut Asia Tenggara dalam acara riben biru itu dengan catatan 10.60 saat (s).

Haiqal meraih pingat perak dengan catatan 10.65s.

“Sekurang-kurangnya kita nampak mereka bersaing sesama sendiri selepas setahun kita tidak pasti siapakah yang terbaik. Jadi, siapa yang terbaik hari ini (semalam), dialah yang terbaik tahun ini. Satu persaingan yang baik antara Jonathan dan Haiqal,” kata Manshahar.

Kejohanan ini adalah medan ujian pertama buat anak buahnya sejak Mac lalu selepas pandemik COVID-19 merencatka­n penganjura­n kejohanan baik di peringkat antarabang­sa ataupun domestik.

Dalam acara 200m, Jonathan memenangi perlumbaan dengan catatan 21.46s, menewaskan Luqmanul Hakim Khairul Akmal yang meraih catatan 21.87s untuk meraih perak. Berada di tempat ketiga adalah Ruslem Zikry Putra Roseli, 22.09s.

“Atlet lain seperti Luqman Hakim Ramlan dan Andre Anura Anuar juga beraksi dengan baik. Luqman mengekalka­n prestasiny­a dengan melakukan catatan 7.85 meter dalam acara lompat jauh.

“Sudah lama mereka menunggu untuk beraksi saya rasa setidak-tidaknya kejohanan ini menaikkan motivasi mereka. Kali ini mereka boleh memanaskan badan dengan betul dan bersaing seperti di kejohanan sebenar,” katanya.

Karnival ini turut mempertand­ingkan beberapa jenis sukan lain seperti olahraga, memanah, menembak, berbasikal, tenpin boling dan gimnastik.

 ??  ?? Aksi Jonathan
Aksi Jonathan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia