Berita Harian

Tugas berat Yusri ubah ‘pemain tak laku’

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Yusri

Ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN galas tugas berat

Kuala Lumpur: Jawatan ketua jurulatih Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam)majlis Sukan Negara (MSN) dianggap sebagai satu tugas yang berat dan hanya yang berhati kental sedia memikul tanggungja­wab itu.

Tidak seperti jurulatih pasukan lain yang dapat bekerja dengan barisan pemain yang terbaik, namun ia sebaliknya buat bekas pemain kebangsaan, Yusri Che Lah yang dipilih untuk mengendali­kan skuad pembanguna­n itu.

Ini kerana Yusri akan bekerja dengan set pemain yang ‘tidak laku’ selepas pemain yang dianggap sebagai gred terbaik sudahpun disambar pasukan Liga Malaysia (Liga M) terlebih dahulu.

Yusri mengakui ia sebagai satu cabaran yang perlu diharungi olehnya apabila perlu menguruska­n barisan pemain yang dilabel sebagai 'pilihan kedua' dan 'pilihan ketiga' dalam skuad yang dilihat persis program Harimau Muda itu.

“Kita sedia maklum bahawa pemain pilihan pertama mungkin sudah ditandatan­gani pasukan ataupun negeri mereka. Jadi, cabaran di sini adalah bagaimana untuk kita mengetenga­hkan bakat muda yang dianggap sebagai pilihan kedua dan ketiga ini dan memberi pendedahan kepada mereka.

“Justeru, sepanjang saya berurusan dengan projek ini, ia adalah satu tanggungja­wab yang sukar tetapi saya realistik dan mampu mengetenga­hkan bakat yang ada di luar sana di mana bukan setakat dari sekolah sukan negeri ataupun pusat latihan daerah (PLD) sematamata.

“Mungkin bakat ini berada di kampung, jadi inilah kerja yang akan saya lakukan bersama barisan kejurulati­han yang lain. Walaupun memiliki barisan gred kedua ataupun gred ketiga, kita akan cuba untuk melahirkan seberapa banyak mungkin pemain untuk membantu skuad kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, Skuad Projek FAM-MSN dijangka akan dibarisi kelompok pemain generasi kedua lulusan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) sebagai teras pasukan selain barisan kejurulati­han akan meninjau 'sumber' lain yang dirasakan berpotensi untuk diserap masuk ke pasukan itu.

Dalam masa sama, Yusri menegaskan pembentuka­n pasukan itu dapat memberikan pendedahan lebih tinggi kepada pemain kerana mereka akan bersaing dalam Liga Perdana yang pasti memberikan persaingan yang hebat.

“Ia memberi pendedahan bagaimana pemain akan menghadapi pasukan yang dibarisi pemain import dan pemain senior yang berpengala­man,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? (tengah) bersama barisan kejurulati­han Skuad Projek FAM-MSN.
(tengah) bersama barisan kejurulati­han Skuad Projek FAM-MSN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia