Berita Harian

Bukan mudah!

- Oleh Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong tegaskan usul Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican untuk perluas skim pencen kepada atlet yang layak ke Olimpik perlu diperhalus­i kerana banyak isu, termasuk kriteria kelayakan dan isu tunggakan bayaran bermula dari temasya 1956 perlu ditangani

Zolkples mahu KBS ‘ukur baju di badan sendiri’

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) perlu memperhalu­si cadangan untuk memperluas­kan skim pencen kepada atlet yang layak ke Sukan Olimpik sebelum membentang­kannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menyambut baik cadangan itu tetapi menegaskan KBS harus bijak 'mengukur baju di badan sendiri'.

Zolkples yang terbabit secara langsung merangka Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) bermula pada 2006 itu berkata, KBS harus meneliti dengan lebih mendalam mengenai cadangan diusul menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, apatah lagi ia membabitka­n soal komitmen dan imej kerajaan di masa akan datang.

Katanya, seperti SITO sebelum ini, kerajaan bukan saja perlu mengeluark­an kos untuk pemenang pingat terkini tetapi juga tunggakan bayaran secara bulanan kepada atlet lain yang sudah memenangi pingat sebelum itu.

“Saya mengalu-alukan cadangan menteri kerana ia bagus untuk atlet dan atlet juga gembira dengan pemberian insentif sebegitu.

“Namun bagi saya, (kerajaan) perlu mengukur baju di badan sendiri.

“Apabila sudah diberi, ia tak boleh ditarik balik. Saya bimbang sekiranya pada satu masa nanti, bila tak ada duit (peruntukan), tentunya ia akan menjadi satu isu. Ini membabitka­n komitmen kerajaan.

“Selain itu, kadangkala untuk layak, sesetengah (sukan) itu tidak begitu sukar, walaupun namanya Olimpik. Ada yang layak berdasarka­n tiket wild card... sebagai contoh, ada kuota diperuntuk­kan untuk Asia, Asia Tenggara atau sebagainya walaupun tiada ranking. Jadi perkara ini perlu diperhalus­i lagi.

“Asasnya, ketika kami merancang skim (SITO) untuk pemenang pingat di Olimpik... masa itu saya yang membuat kertas kerja dan perlu memperinci­kan skim berkenaan berdasarka­n apa yang dilakukan di Korea. Namun akhirnya, asasnya adalah mengenai bajet... sama ada mempunyai duit ataupun tidak,” kata Zolkples.

SITO diberikan kepada pemenang pingat di Sukan Olimpik secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang pingat emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Setakat ini, antara penerima skim itu adalah seperti legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei; ratu terjun, Pandelela Rinong Pamg dan atlet berbasikal negara, Azizulhasn­i Awang.

Gandingan Razif Sidek dan Jalani Sidek dalam acara beregu lelaki pernah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Barcelona 1992.

Setakat ini, kontinjen negara sudah meraih tujuh pingat perak dan empat gangsa, masingmasi­ng menerusi penyertaan di Barcelona 1992, Atlanta 1996, Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016. Kesemuanya menerusi sukan badminton, terjun dan berbasikal (keirin).

“Jadi, perancanga­n terbaru ini perlu diperincik­an sebaikbaik­nya. Sekiranya nak teruskan, perlu difikirkan mengenai penyertaan atlet sejak 1956 lagi. Bagi saya, kalau nak bagi (SITO), kena beri kepada semua (bermula pada 1956) termasuk juga pasukan bola sepak yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 (ketika itu Malaysia memboikot penyertaan),” katanya.

Minggu ini, Reezal ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankua­sa bagi Kementeria­n Belia dan Sukan di Dewan Rakyat berkata, pihaknya merancang memperluas­kan skim pencen kepada atlet yang layak ke Sukan Olimpik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia