Berita Harian

Lebih 2 tan dadah dalam bungkusan teh Cina bernilai RM105.9 juta dirampas di Teluk Kumbar

Maritim rampas methamphet­amine RM105.9 juta dalam bot rekreasi

- Oleh Zuhainy Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Georgetown: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang mematahkan cubaan menyeludup 2,118 kilogram (kg) dadah bernilai RM105.9 juta di Perairan Pulau Kendi, Teluk Kumbar di sini, 9 Disember lalu.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata dadah jenis methamphet­amine itu dirampas dalam bot rekreasi yang dikendalik­an jurumudi warga tempatan berusia 26 tahun.

Katanya, Maritim Malaysia mengesan pergerakan bot berkenaan dalam keadaan mencurigak­an pada jam 11.30 pagi sebelum mengarahka­nnya berhenti.

Bagaimanap­un, jurumudi memecut bot sebelum terjun ke laut selepas dikejar anggota Maritim Malaysia selama 30 minit.

“Lelaki itu kemudian ditahan di kedudukan 5.3 batu nautika selatan Pulau Kendi, manakala bot yang bergerak tanpa pengemudi itu turut dihentikan.

“Pemeriksaa­n dalam bot terbabit menemui sebanyak 130 guni berisi 1,998 bungkusan teh Cina mengandung­i hablur kristal dipercayai methamphet­amine,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Zubil berkata, siasatan mendapati suspek bergerak dari Sungai Juru menaiki bot kosong ke Pulau Kendi dan menukarkan­nya dengan bot berisi dadah sebelum kembali ke Sungai Juru.

Katanya, ini kali ketiga suspek membawa bekalan dadah selepas Oktober dan November lalu dengan upah sebanyak RM5,000 bagi setiap penghantar­an 500kg.

“Bagi penghantar­an terakhir ini, suspek diberi upah RM10,000 dan bekalan dipercayai untuk pasaran Indonesia.

“Kita sedang menyiasat bagaimana bot berisi bekalan dadah itu boleh masuk ke negara ini.

“Kita juga menyiasat kaitan kes dengan rampasan dadah bernilai RM10.53 juta di 3.0 batu nautika barat daya Pulau Betong, di sini, pada 3 Disember lalu, ” katanya.

Katanya, bot rekreasi bersama dua enjin sangkut bernilai RM150,000 yang digunakan suspek dirampas, manakala suspek direman tujuh hari bermula 10 Disember dan disiasat mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??
 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Mohd Zubil (tengah) menunjukka­n methamphet­amine Pulau Pinang, Georgetown, semalam. yang dirampas pada sidang media di Maritim Malaysia
(Foto Danial Saad/bh) Mohd Zubil (tengah) menunjukka­n methamphet­amine Pulau Pinang, Georgetown, semalam. yang dirampas pada sidang media di Maritim Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia