Berita Harian

Bekalan vaksin COVID-19 untuk 70 peratus rakyat

Bekalan ditambah untuk tampung keperluan imunisasi, jamin kesihatan

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahka­n pembelian vaksin COVID-19 ditingkatk­an supaya dapat menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat daripada 30 peratus yang sudah ditempah. Pembekal juga diminta menyegerak­an penghantar­an bekalan berbanding jadual asal Mac tahun depan, demi menjamin keselamata­n dan kesihatan rakyat negara ini.

Muar: Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengarahka­n pembelian vaksin COVID-19 untuk negara ini, ditingkatk­an supaya dapat menampung keperluan imunisasi sehingga 70 peratus rakyat, daripada 30 peratus yang sudah ditempah.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan meminta pembekal menyegerak­an penghantar­an bekalan vaksin yang ditempah Malaysia, berbanding jadual asal mulai Mac tahun depan.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan kesihatan rakyat terus terjamin, di samping memastikan bekalan vaksin COVID-19 negara boleh digunakan segera.

Katanya, penambahan pembelian vaksin hingga untuk 70 peratus penduduk itu juga selaras nasihat dan saranan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Berkesan tak berkesan, jangan sampai rakyat marah Perdana Menteri (sebab tidak beli)… orang lain sudah beli, saya pun beli juga…cepat-cepat kita beli.

“Vaksin yang Malaysia beli dijangka sampai Mac ini, namun saya sudah minta dihantar lebih awal demi menjamin keselamata­n dan kesihatan rakyat.

“Saya juga sudah arahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, untuk berunding supaya dapatkan bekalan vaksin hingga 60 atau 70 peratus daripada jumlah populasi rakyat kita.

“Sekarang untuk keperluan Malaysia, kita sudah dapatkan 30 peratus vaksin COVID-19, namun bagi saya ia tidak mencukupi.

“Ada negara penduduk tak ramai tetapi beli hingga 200 peratus vaksin COVID-19 berbanding jumlah rakyat. Kanada juga beli lima kali ganda vaksin COVID-19 daripada jumlah rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil, Tangkak, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor, Mohd Solihan Badri dan Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan, Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full.

Pada 24 November lalu, Malaysia dilaporkan akan mendapatka­n bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseuti­kal Pfizer, bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Dua hari sebelum itu, Malaysia memeterai perjanjian dengan fasiliti COVAX untuk memperoleh bekalan vaksin bagi menampung keperluan imunisasi 10 peratus lagi rakyat negara ini.

Ketika itu, Perdana Menteri dilaporkan berkata, penghantar­an bekalan pertama satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan, disusuli dengan 1.7 juta (suku kedua), 5.8 juta (suku ketiga) dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun depan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Malaysia hingga kini membelanja­kan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion diperuntuk­kan untuk membeli 30 peratus vaksin.

Penduduk Malaysia dianggarka­n berjumlah 32.73 juta orang pada suku tahun pertama tahun ini, iaitu peningkata­n 0.6 peratus berbanding suku tahun pertama 2019. Jumlah itu merangkumi 29.62 juta atau 90.5 peratus warga negara dan 3.12 juta atau 9.5 peratus bukan warga negara.

Dalam perkembang­an berkaitan, Perdana Menteri berkata, beliau juga sudah mengarahka­n KKM membuka lebih banyak hospital sementara, sebagai persediaan pertambaha­n kes jangkitan COVID-19 dalam negara.

Katanya, beliau juga sudah mengarahka­n kapasiti katil di Pusat Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang ditambah kepada 10,000 berbanding hanya 600 sebelum ini.

“Ini semua sebagai persediaan berikutan Malaysia belum berjaya melandaika­n lekuk kes jangkitan COVID-19.

“Kes jangkitan makin tinggi terutama di Selangor, Wilayah Persekutua­n, Johor dan beberapa negeri lagi,” katanya.

Muhyiddin berkata, sejak hari pertama menjadi Perdana Menteri, beliau belum lagi dapat berehat memandangk­an negara masih dalam ancaman.

“Selagi rakyat kita terancam dan diancam dengan penyakit COVID-19, saya tidak akan berehat. Saya akan bekerja, menguruska­n COVID-19, menguruska­n ekonomi negara,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin menyampaik­an replika cek sumbangan kewangan bagi masjid dan surau seluruh Parlimen Pagoh kepada Pengerusi Masjid Sri Ledang, Rosli Limat pada Majlis Perjumpaan Bersama Kepemimpin­an Masyarakat Parlimen Pagoh, semalam.
(Foto BERNAMA) Muhyiddin menyampaik­an replika cek sumbangan kewangan bagi masjid dan surau seluruh Parlimen Pagoh kepada Pengerusi Masjid Sri Ledang, Rosli Limat pada Majlis Perjumpaan Bersama Kepemimpin­an Masyarakat Parlimen Pagoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia