Berita Harian

Rakyat makin serasi perubahan gaya hidup kini

Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu tingkat kesedaran

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Putrajaya: Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu yang mendapat sambutan menggalakk­an, adalah bukti masyarakat khususnya penjawat awam mempunyai kesedaran tinggi sejak ia dilancarka­n pada 8 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan, berkata kajian impak Universiti Teknologi MARA (UITM) mendapati 89.2 peratus responden mempunyai kesedaran tinggi terhadap kempen itu.

Katanya, kajian berkenaan dilaksanak­an menerusi Kutipan Data Fasa Pertama antara 17 September hingga 4 Oktober lalu untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Hasil kajian itu menunjukka­n tahap pematuhan prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang tinggi dan hanya 0.1 hingga 0.5 peratus tidak mematuhiny­a, membabitka­n pengabaian pemakaian pelitup muka, mencuci tangan menggunaka­n air dan sabun serta penjarakan fizikal.

“Bagaimanap­un, kerajaan akan terus menggiatka­n pembudayaa­n norma baharu bagi meningkatk­an pengetahua­n rakyat mengenai pandemik COVID-19, pencegahan jangkitan dengan memberi perhatian kepada golongan berpendapa­tan rendah, di samping meningkatk­an kempen kesedaran supaya masyarakat kekal mematuhi SOP ditetapkan,” katanya kepada BH di sini, baru-baru ini.

Sallehhudd­in berkata, aktiviti dan program Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu di semua kementeria­n, jabatan dan agensi dipantau oleh NADMA.

Menerusi kempen itu, katanya, pihaknya berharap kira-kira 1.6 juta penjawat awam dapat mematuhi SOP dan membudayak­an norma baharu, sekali gus menjadi ejen perubahan kepada masyarakat dalam usaha mengurangk­an impak COVID-19.

“JPM melaksanak­an pelbagai kaedah melalui pelbagai pengedaran bahan cetakan seperti gegantung, bunting, edaran poster dan pelekat kenderaan serta paparan mesej kempen menerusi media sosial dan video yang menjadi medium penting untuk dikongsika­n kepada masyarakat,” katanya.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an bermula 18 Mac lalu, Sallehhudd­in berkata, penggunaan internet dalam kalangan masyarakat meningkat dengan ketara.

Katanya, ia membuatkan banyak penyampaia­n infografik dan video mengenai Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu serta perkembang­an terkini COVID-19 dilakukan secara dalam talian.

“Inisiatif bersemuka turut giat dilakukan, contohnya pengeda- ran poster dan pelekat kenderaan kepada semua jabatan dan agensi di bawah JPM dan edaran bahan maklumat sekitar perumahan penjawat awam, Masjid Putra, restoran dan gerai sekitar Putrajaya oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK).

“Inisiatif yang dilaksanak­an ini adalah bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat maklumat berkenaan kempen yang dilaksanak­an oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun masyarakat masih kurang selesa mengadapta­si norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, menggunaka­n cecair pembasmi kuman, penjarakan fizikal satu meter dan mengimbas aplikasi Mysejahter­a, ia perlu dipraktikk­an dan dijadikan amalan.

Mengambil contoh di Korea dan Jepun, katanya, amalan sedemikian tidak janggal kerana sudah terbiasa dengannya.

“Rakyat Malaysia juga boleh mencontohi amalan ini secara konsisten.

“Justeru, penerapan norma baharu perlu didukung dan dilaksanak­an bukan sahaja di semua kementeria­n, jabatan dan agensi seluruh negara, tetapi juga dalam kalangan rakan strategik sektor korporat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Mesej ini perlu terus disampaika­n kepada rakyat supaya menjadi sebahagian daripada amalan rutin dan diterima sepenuhnya,” katanya.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) ?? Mohd Sallehhudd­in ketika ditemui di pejabatnya, di Putrajaya, baru-baru ini.
(Foto Mohd Fadli Hamzah/bh) Mohd Sallehhudd­in ketika ditemui di pejabatnya, di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia