Berita Harian

NADMA optimis terus didik, pastikan masyarakat patuhi SOP

-

Putrajaya: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi-agensi kerajaan yang lain mempunyai tanggungja­wab bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Ketua Pengarah NADMA, Mohamad Azhan Md Amir, berkata SOP asas yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, membersihk­an tangan menggunaka­n air dan sabun atau cecair pembasmi kuman serta penjarakan fizikal sudah tersemat dalam diri masyarakat.

Bagaimanap­un, katanya, penjarakan fizikal dilihat sedikit sukar diamalkan terutamany­a di kawasan sesak seperti di restoran, pasar atau di dalam kenderaan awam.

“Kalau kita lihat sekarang, bila keluar sahaja orang ramai akan pakai pelitup muka dan mengamalka­n membasuh tangan menggunaka­n air dan sabun atau setidak-tidaknya membawa cecair pembasmi kuman sendiri setiap kali ke tempat awam.

“Kita nampak perubahan berkenaan, malah pengurusan premis turut menyediaka­n cecair pembasmi kuman dan mewajibkan pelanggan menggunaka­nnya terlebih dahulu sebelum memasuki premis mereka.

“Bagaimanap­un, isu penjarakan fizikal ini memberi sedikit cabaran buat kita. Jika dilihat, setiap premis mengambil inisiatif menandakan setiap satu meter untuk penjarakan fizikal, tetapi masih ada segelintir anggota masyarakat kita yang mengambil mudah perkara ini.

“Saya yakin SOP norma baharu ini telah ada dalam pemikiran rakyat, cumanya tidak diamalkan sepenuhnya terutama yang melibatkan penjarakan fizikal,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Menerusi Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu, Mohamad Azhan berkata, NADMA turut bekerjasam­a dengan semua kementeria­n, kerajaan negeri, daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berperanan menggerakk­an kempen ke peringkat akar umbi.

Setakat ini, katanya, penerimaan rakyat amat memberangs­angkan dan NADMA menggunaka­n pelbagai kaedah kempen seperti pemasangan kain rentang, poster di tempat strategik serta menggunaka­n sepenuhnya media sosial dan elektronik.

“Ia bagi memastikan kempen ini sampai ke akar umbi dan dan berharap agar rakyat dapat mematuhi dan membudayak­an SOP norma baharu yang ditetapkan.

“Nak kata berpuas hati, bagi saya belum sampai tahap itu kerana kita akan terus tingkatkan kempen dan menekankan mengenai peri pentingnya pematuhan kepada SOP ini.

“Kita mahu setiap rakyat mematuhi SOP berkenaan dan menjadikan­nya budaya amalan,” katanya.

Mengenai pelaksanaa­n kempen berkenaan, Mohamad Azhan berkata, ia berperanan mendidik masyarakat mengenai pentingnya pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, ia juga selari dengan apa yang kerap diungkap oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah iaitu virus berkenaan sudah berada dalam komuniti dan pematuhan SOP perlu dilaksanak­an bagi membendung penularan wabak sehinggala­h vaksin sesuai ditemui.

“Pelbagai kaedah dilakukan kerajaan untuk mengawal penyebaran wabak ini dan kita mahu rakyat kekal mengamalka­n SOP.

“Apa yang dilaksanak­an kerajaan kita adalah yang terbaik berbanding dengan negara-negara lain yang dilihat kadangkala tidak dapat mengawal rakyat mereka untuk patuh kepada norma baharu ini.

“Sebaliknya, Malaysia yang dianggap sebagai negara kecil mampu mengawal rakyatnya dan bersama-sama berperang melawan COVID-19,” katanya.

Kempen Pembudayaa­n Norma Baharu bersama slogan ‘Bersama Hentikan Wabak COVID-19’ dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 8 Ogos lalu di Kompleks Sukan Pagoh.

Bagaimanap­un, isu penjarakan fizikal ini memberi sedikit cabaran buat kita. Jika dilihat, setiap premis mengambil inisiatif menandakan setiap satu meter untuk penjarakan fizikal, tetapi masih ada segelintir anggota masyarakat kita yang mengambil mudah perkara ini.

Mohamad Azhan Md Amir, Timbalan Ketua Pengarah NADMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia