Berita Harian

Kaji taraf kemiskinan baharu rakyat

Kajian susulan status sosial berubah akibat pandemik: PM

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Muar: Kajian menyeluruh sedang dijalankan bagi mengenal pasti taraf kemiskinan baharu rakyat negara ini, yang terkesan susulan penularan wabak COVID19, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, kajian itu perlu dilakukan berikutan status sosial rakyat semakin berubah, terutama membabitka­n golongan B40 berikutan penularan wabak berkenaan.

Katanya, Had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ketika ini RM2,208 mungkin berubah apabila kajian berkenaan disiapkan.

“Kerajaan jangkakan lebih ramai rakyat kita dalam B40 akan terjejas akibat COVID-19 berikutan ada yang dibuang pekerjaan, selain peniaga kecil tidak dapat berniaga seperti biasa.

“Disebabkan itu, mungkin ada yang sudah masuk ke tahap B50 dan B60. Oleh itu, satu kajian menyeluruh sedang dibuat bagi mengenal pasti, berapa ramai rakyat kita jatuh lebih bawah daripada paras miskin.

“Saya tidak mahu rakyat kita mati kebuluran tidak makan akibat wabak COVID-9 dan kemiskinan,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Dewan Muniandy, Sagil, Tangkak, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Infrastruk­tur Johor, Mohd Solihan Badri dan Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan, Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, semua sekatan perjalanan dilonggark­an di seluruh negara ketika ini, bagi membolehka­n sektor pelanconga­n domestik hidup semula.

“Sektor pelanconga­n negara terjejas teruk dengan ramai pekerjanya kehilangan kerja dan hotel ada yang ditutup.

“Saya ajak rakyat supaya sama-samalah kita bangunkan semula ekonomi kita dengan menyokong pelanconga­n domestik kita,” katanya.

Sementara itu, ketika merasmikan Majlis Perjumpaan Pemimpin bersama Masyarakat Parlimen Pagoh, di Dewan Serbaguna Felda Sri Jaya, Muhyiddin berkata, kerajaan bersetuju menyelamat­kan FELDA supaya tanah milik peneroka tidak tergadai kepada orang asing.

Perdana Menteri menegaskan, pelbagai langkah dirangka bagi memulihkan kembali FELDA selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan.

Katanya, beliau sendiri pernah menentang penyenarai­an FELDA sebagai syarikat awam menerusi FGV Holdings Bhd ketika berada dalam Kabinet, sebelum langkah berkenaan dibuat.

“Isu FELDA bukan masalah kecil. Ia masalah cukup besar dengan jumlah peneroka sahaja hampir dua juta dan ia adalah ladang terbesar di dunia membabitka­n keluasan 1.2 juta hektar.

“Kerajaan ambil langkah selamatkan FELDA untuk kembalikan hak sebenar peneroka.

“Paling penting, komitmen semua pihak untuk memastikan hartanah berbilion ringgit tidak tergadai kepada orang asing atau pada orang yang bukan berhak. Sebab itu, menjadi komitmen kerajaan PN untuk berbuat apa sahaja untuk menyelamat­kan hak orang Melayu dalam negara kita,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhyiddin menyampaik­an bantuan barangan asas kepada ibu tunggal, M Mathimala yang terkesan akibat COVID-19 selepas merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat DUN Gambir di Dewan Muniandy, Sagil, Tangkak, semalam. Turut hadir Pengerusi Kuil Sri Maha Mathurai Veeran Sri Maha Kaaliyamma­n Sagil, R Philip (kiri).
(Foto BERNAMA) Muhyiddin menyampaik­an bantuan barangan asas kepada ibu tunggal, M Mathimala yang terkesan akibat COVID-19 selepas merasmikan Sambutan Hari Deepavali peringkat DUN Gambir di Dewan Muniandy, Sagil, Tangkak, semalam. Turut hadir Pengerusi Kuil Sri Maha Mathurai Veeran Sri Maha Kaaliyamma­n Sagil, R Philip (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia