Berita Harian

KBS perkukuh agenda belia dan sukan

Kementeria­n manfaat peruntukan tangani pelbagai cabaran, penganggur­an

-

Pelbagai inisiatif menjurus ke arah menstabilk­an perancanga­n belia meyakinkan kementeria­n tiada siapa dipinggirk­an dalam Belanjawan 2021.

Menteri Belia dan Sukan

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 menitik beratkan perancanga­n dan pengisian pembanguna­n belia menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS), sekali gus menangani pelbagai cabaran termasuk isu penganggur­an.

Komitmen itu diterjemah menerusi pelbagai inisiatif bagi menstabilk­an perancanga­n membabitka­n golongan belia, sekali gus membuktika­n tiada siapa dipinggirk­an dalam Belanjawan 2021.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menyifatka­n Belanjawan 2021 sebagai pengisian ke atas pelbagai strategi KBS memastikan belia tidak tercicir dalam sektor pekerjaan, pendidikan dan ekonomi.

Ini termasuk program khas secara one-off ke dalam akaun e-wallet belia dinaikkan daripada RM50 kepada RM100 dan turut diperluask­an kepada 1.1 juta mahasiswa di universiti awam (UA) dan institusi pengajian tinggi swasta, selain yang berusia antara 18 hingga 20 tahun.

KBS menyambut baik sokongan pendedahan alam pekerjaan kepada belia menerusi pelbagai inisiatif yang menyentuh kepentinga­n belia merentas kementeria­n dan agensi.

Melalui Belanjawan 2021 ini, terdapat 50 inisiatif untuk belia menerima manfaat secara langsung dari aspek peluang pekerjaan, peningkata­n kemahiran, peluang di dalam ekonomi gig hinggalah peluang keusahawan­an pada peringkat akar umbi.

“Belanjawan 2021 ini secara keseluruha­nnya menjawab keresahan dan kerisauan belia yang terkesan akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19”, tambah beliau lagi.

KBS selaku flag-bearer kepada dasar belia dan antara kementeria­n yang menjadi ahli Mesyuarat

Majlis Pekerjaan Negara dipengerus­ikan Perdana Menteri diberi tanggungja­wab meneruskan program Skim Perantisan Nasional sebagai peluang pengalaman pekerjaan kepada belia.

Belanjawan 2021 turut memberi insentif RM1,000 sebulan kepada majikan swasta sehingga tiga bulan bagi setiap graduan baharu yang menyertai program perantisan.

Majikan juga boleh menuntut geran sehingga RM4,000 untuk program latihan perantis yang bakal memanfaatk­an sehingga 50,000 graduan baharu dengan peruntukan RM250 juta.

Dalam soal pemerkasaa­n latihan dan kemahiran belia, KBS akan turut memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dengan menambah baik mutu pembelajar­an di Institusi Latihan Kemahiran KBS (ILKBS).

Ini termasuk peruntukan melaksanak­an program reskilling dan upskilling kepada belia massa melalui pendekatan bootcamp dan kursus jangka pendek di semua 22 ILKBS di seluruh negara. Ia bagi menangani soal penganggur­an belia dengan tumpuan kepada kebolehpas­aran pekerja dan padanan pekerjaan.

Ini sebahagian daripada peruntukan RM6 bilion dalam Belanjawan 2021 khusus bagi memperkasa TVET. Sebanyak RM300 juta disediakan melalui Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran (PTPK) untuk pinjaman kepada 24,000 peserta program TVET di institusi latihan kemahiran awam dan swasta.

Selain itu, sejumlah RM60 juta diperuntuk­kan bagi elaun bulanan Sistem Latihan Dual Nasional Plus yang dinaikkan daripada RM625 kepada RM1,000.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, pula berkata Belanjawan 2021 memenuhi permintaan dan keperluan asas belia seperti penciptaan peluang pekerjaan, latihan kemahiran, latihan teknikal dan vokasional, pelbagai peluang keusahawan serta subsidi upah.

Beliau berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan yang sentiasa memberi ruang dan membuka pintu kepada MBM untuk membawa isu berkait soal belia termasuk membawanya sebagai agenda KBS di dalam Belanjawan 2021.

Mengambil kira sektor sukan yang turut terjejas akibat COVID-19, KBS dilihat komited memastikan sektor sukan dan industri sukan termasuk penganjura­n kejohanan sukan tempatan dan antarabang­sa dapat dilaksanak­an semula tahun hadapan menerusi pengenalan gelembung sukan.

Reezal Merican dalam penggulung­an Rang Undang-undang Perbekalan 2021 peringkat Jawatankua­sa bagi KBS menegaskan bahawa perjuangan KBS adalah bagi memastikan pada 2021 aktiviti sukan dapat diteruskan dengan meyakinkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) menggunaka­n gelembung sukan yang baharu disebabkan pandemik dihadapi sekarang.

“Tiada lagi pause button untuk sektor sukan dalam kalendar 2021 dan KBS sedang merangka pendekatan sukan yang mengambil kira sense of normalcy serta pandangan pemegang taruh,” tegas beliau ketika menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini.

Menerusi peruntukan RM55 juta bagi program pembanguna­n sukan berprestas­i tinggi, Reezal Merican optimis KBS sudah bersedia ke arah melahirkan barisan atlet pembanguna­n dan pelapis yang lebih berdaya saing.

Bagi menggalakk­an amalan gaya hidup sihat di negara ini yang turut didukung norma baharu kehidupan dalam suasana penularan pandemik COVID-19, peruntukan secukupnya disediakan khusus bagi melaksanak­an agenda sukan untuk semua melalui program MYFIT, sambutan Hari Sukan Negara, Program Inspire bagi komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) serta pembanguna­n sukan untuk wanita.

Selain itu, Belanjawan 2021 juga memperliha­tkan kesinambun­gan agenda e-sports dengan penubuhan E-sports Integrated (ESI) sebagai langkah memastikan sukan itu dapat memanfaatk­an belia melalui ekosistem yang lebih membina termasuk soal kecergasan dan pembanguna­n aplikasi permainan.

Peruntukan RM103 juta akan dimanfaatk­an untuk membina, menaik taraf dan menyelengg­ara kemudahan sukan di seluruh negara.

Reezal Merican turut menjelaska­n akan memberi penekanan terhadap pendemokra­sian sukan yang melihat keperluan terhadap pembanguna­n lebih menyeluruh serta meliputi kawasan di bandar serta luar bandar.

Di samping itu, KBS sedang membangunk­an satu lagi fokus penting iaitu industri sukan bagi membolehka­n formulasi strategi, perancanga­n dan hala tuju industri sukan di dalam negara dapat dilakukan dengan lebih tersusun dan berkesan bersama-sama pemain industri yang lain.

Secara keseluruha­nnya, Belanjawan 2021 memberi ruang cukup besar kepada KBS memperkuku­h agendanya terhadap belia dan sukan dalam negara.

Komitmen dan sokongan pelbagai pihak berkepenti­ngan diperlukan bagi membolehka­n semua insiatif Belanjawan 2021 dapat dilaksanak­an dengan berkesan dan sampai kepada kumpulan sasar.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia