Berita Harian

Kuarantin pengembara dikurangka­n ke 10 hari

Tempoh sama digunakan di pusat kuarantin, kediaman mula hari ini

- Oleh Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Tempoh kuarantin pengembara yang pulang dari luar negara dan pengurusan kontak rapat di negara ini dikurangka­n dari 14 ke 10 hari, berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penguranga­n tempoh kuarantin itu turut terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatia­n di pusat kuarantin yang diwartakan atau di kediaman (HSO).

“Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pascakuara­ntin akan berkuranga­n mengikut tempoh kuarantin, manakala kadar kebolehjan­gkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

“Berdasarka­n pelaksanaa­n tempoh kuarantin oleh negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatia­n bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangka­n dari 14 hari kepada 10 hari.

“Ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia.

“Sehingga kini, beberapa negara sudah menyemak semula tempoh kuarantin wajib di negara masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, antara negara yang memendekka­n tempoh kuarantin ialah United Kingdom, Jerman dan Belgium daripada 14 ke 10 hari.

“Perancis mengambil tempoh kuarantin wajib tujuh hari,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Kementeria­n Kesihatan dilapor meneliti kemungkina­n untuk memendekka­n tempoh kuarantin warga asing yang memasuki negara ini.

Bagaimanap­un, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, pihaknya perlu meneliti data berhubung perkara berkenaan dan melihat risikonya, dengan tempoh dicadangka­n antara 10 hingga 12 hari.

Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati risiko jangkitan pascakuara­ntin akan berkuranga­n mengikut tempoh kuarantin.

Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia