Berita Harian

Kementeria­n kesan 6 kluster baharu

-

Putrajaya: Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengesan kesan enam kluster baharu semalam, membabitka­n dua di Lembah Klang, manakala satu kluster di Labuan, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster pertama dikesan di Labuan yang dinamakan sebagai Kluster Hujung Pasir hasil saringan individu bergejala dan menjangkit­i lima individu.

Katanya, kluster kedua dikesan di beberapa daerah di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Lembah Pantai yang dikenali sebagai Kluster Lestari.

“Kluster ini berkait dengan kumpulan berisiko tinggi di daerah berkenaan dan sudah menjangkit­i 31 individu, manakala kluster ketiga membabitka­n daerah Kulai di Johor iaitu Kluster Desa Idaman.

“Kluster ini berkait dengan aktiviti keagamaan di daerah berkenaan apabila kes indeks yang juga pesakit Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) dilaporkan positif pada 10 Disember lalu dan sudah menjangkit­i lapan individu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kluster seterusnya dikenali sebagai

Kluster Tapak Bina Rimbun dikesan di Seremban hasil saringan bersasar di tapak pembinaan dan sudah menjangkit­i 16 individu.

“Turut membabitka­n kluster di tempat kerja ialah Kluster Tanjung Suria yang dikesan di daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor, membabitka­n dua kilang dan menjangkit­i 31 individu.

“Kluster terakhir ialah Kluster Kuala yang dikesan di Kuantan, Pahang. Kluster ini berkaitan dengan tempat kerja hasil saringan individu bergejala dan sudah menjangkit­i 26 individu,” katanya.

 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan di Persiaran Paya Terubong, Georgetown mengambil barangan keperluan daripada ahli keluarga menerusi kawat duri, semalam.
(Foto Danial Saad/bh) Penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan di Persiaran Paya Terubong, Georgetown mengambil barangan keperluan daripada ahli keluarga menerusi kawat duri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia