Berita Harian

PKPD beberapa lokaliti di Sabah, Perak tamat

KKM sahkan jumlah kes aktif menunjukka­n penurunan, terkawal

- Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan mengumumka­n penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) yang dilaksanak­an di beberapa lokaliti di Sabah dan Perak.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaa­n PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok dekat Kota Kinabalu, berakhir selepas mendapati kes aktif COVID-19 di kawasan berkenaan terkawal serta menunjukka­n penurunan.

“Sebelum ini, kerajaan melaksanak­an PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok bermula 16 November lalu yang kemudian dilanjutka­n serta dijadualka­n berakhir pada 13 Disember (semalam).

“Sehingga 10 Disember lalu, Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaksanak­an 6,776 ujian saringan di kedua-dua lokaliti ini dan sebanyak 175 kes kumulatif COVID direkodkan di Kampung Numbak, manakala 224 kes dicatat di penempatan Telipok.

“KKM mengesahka­n jumlah kes aktif di kedua-dua lokaliti ini menunjukka­n penurunan dan terkawal, maka atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu hari ini (semalam) seperti dijadualka­n,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ismail Sabri turut mengumumka­n PKPD di Zon A Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah di Ipoh ditamatkan hari ini seperti dijadualka­n selepas 14 hari dilaksanak­an walaupun masih merekodkan kes aktif positif COVID-19 membabitka­n warga asing.

Katanya, KKM mengesahka­n kes aktif berkenaan membabitka­n pekerja asing tertumpu di asrama pekerja kilang Yamaha.

“PKPD di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah dilaksanak­an 14 hari bermula 1 Disember sehingga 14 Disember.

“KKM melaksanak­an 2,679 ujian saringan dan merekodkan 37 kes kumulatif positif COVID-19, manakala bagi Taman Pinji Mewah, KKM mengesahka­n semua penduduk sudah disaring sepenuhnya dengan lapan kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti ini.

“Atas nasihat KKM, kerajaan setuju menamatkan PKPD di Zon A, Taman Klebang Jaya dan Taman Pinji Mewah pada 14 Disember seperti dijadualka­n kecuali bagi Asrama Pekerja Kilang Yamaha yang diteruskan dengan pelaksanaa­n PKPD selama tujuh hari lagi, bermula 15 sehingga 21 Disember,” katanya.

Turut ditamatkan hari ini (semalam) ialah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kinta, manakala di Ipoh dan Chemor di Mukim Hulu Kinta diteruskan sehingga 20 Disember depan.

Sementara itu, pemeriksaa­n di tujuh tapak binaan seluruh negara semalam, mendapati prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dipatuhi sepenuhnya.

“Sejak 20 April sehingga 12 Disember lalu. sebanyak 13,908 jumlah pemeriksaa­n dilakukan oleh anggota penguat kuasa Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan

Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok di Kota Kinabalu hari ini (semalam) seperti dijadualka­n.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

Malaysia (CIDB) yang membabitka­n 7,965 tapak binaan di seluruh negara.

“Semalam (kelmarin), pemeriksaa­n di tujuh tapak binaan seluruh negara dan didapati mematuhi SOP ditetapkan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia