Berita Harian

Pastikan sasaran guna 180 liter air domestik sehari dicapai

-

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu memainkan peranan dalam memastikan sasaran 180 liter penggunaan air domestik sehari dapat dicapai dengan mewajibkan peralatan berkaitan bekalan air di pasaran dilabel dengan piawaian kecekapan minimum.

Presiden Persatuan Penyelidik­an Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakar­an, berkata teknologi sekarang mampu membantu menyelesai­kan pembaziran air, terutama pada pili di mana dengan campuran gelembung udara dan air, ia mampu mengurangk­an 50 peratus penggunaan air, malah proses membersih akan menjadi lebih cepat.

Katanya, pelabelan peralatan air yang cekap perlu mandatori dan mempunyai penanda aras kerana secara tidak langsung, ia dapat menggalakk­an pengguna untuk membeli peralatan berkenaan berbanding kebiasaan.

“Tidak semua pengguna dapat mendidik diri sendiri untuk berjimat kerana semua orang tidak sama, jadi dalam konteks ini menjadi tanggungja­wab agensi yang terbabit untuk memastikan label kecekapan peralatan cekap air ini dapat dilaksanak­an.

“Apabila ada kenyataan mengatakan penduduk melakukan pembaziran air, pada saya data yang diberikan adalah tidak tepat kerana tidak semua negeri mendapat liputan air 100 atau 99 peratus, malah tidak terkini berdasarka­n beberapa aspek.

“Jika semua negeri mempunyai liputan air yang sama, baru boleh dibandingk­an pembaziran berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Semalam, BH melaporkan dalam satu sesi soal jawab bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkenaan pencemaran sumber air dengan menyaranka­n pencemar dikenakan hukuman penjara mandatori.

Selain itu, empat negeri juga dikesan mempunyai Rizab Margin Air Terawat di bawah 10 peratus dan menyaranka­n supaya rakyat mengawal penggunaan air harian di bawah 180 liter sehari.

Pada masa sama, beliau juga menyatakan sejak Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8), sistem bekalan air terawat bocor dan hilang 30 peratus di mana dari situ berbilion pendapatan yang sepatutnya datang dari air terawat tidak dapat dihasilkan.

“Sementara itu, bagi pengguna yang ingin mengetahui kiraan penggunaan air di rumah, mereka boleh layari www.water.org.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia