Berita Harian

RM50J bangun pelanconga­n luar bandar

-

Alor Gajah: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerima peruntukan RM50 juta daripada Kementeria­n Kewangan bagi menaik taraf infrastruk­tur di kawasan berpotensi dibangunka­n sebagai pelanconga­n luar bandar, bermula Januari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata sektor pelanconga­n luar bandar bukan sahaja mampu memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat, malah menjadi antara destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

“RM50 juta ini adalah bajet khusus membaik pulih atau menaik taraf kawasan kecil pelanconga­n di bawah kerajaan tempatan misalnya di Gerik dan Lenggong Perak serta di Umbai, Melaka, kawasan ini banyak produk pelanconga­n atau jeti yang diusahakan usahawan muda untuk membawa pelancong mengembara di sungai.

“Perkara inilah kita akan bantu, membangunk­an jeti sedia ada bagi bersih, cantik dan ceria untuk meningkatk­an aktiviti pelanconga­n dan memberikan peluang untuk mereka meneruskan perniagaan,” katanya selepas merasmikan Projek Perumahan Taman Puncak Kasa Heights di sini semalam. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Zuraida berkata, pengerusi jawatankua­sa pelanconga­n negeri di seluruh negara akan bekerjasam­a dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengenal pasti kawasan luar bandar yang berpotensi dibangunka­n atau dinaiktara­f sebagai pusat pelanconga­n luar bandar.

Katanya, antara projek yang akan dimulakan pada masa terdekat iaitu pantai Jason Bay di Kota Tinggi, Johor, manakala di Melaka kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunka­n ialah Jeti Umbai di Merlimau.

Sementara itu, beliau berkata, kawasan Ayer Panas di Jasin dan Durian Tunggal di sini antara lokasi yang dirancang untuk pembanguna­n projek Program Perumahan Rakyat (PPR) menggantik­an projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang sebelum ini dirancang dibangunka­n di kawasan itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Zuraida dan Sulaiman (dua dari kiri) merasmikan Projek Taman Kasa Height di Alor Gajah, semalam.
(Foto BERNAMA) Zuraida dan Sulaiman (dua dari kiri) merasmikan Projek Taman Kasa Height di Alor Gajah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia