Berita Harian

Kebolehpas­aran graduan optometri UITM tinggi

Program pengajian terap ilmu keusahawan­an

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Ipoh, Perak

Dr Noor Halilah Buari

Kuantan, Pahang

Kapar, Selangor

Sungai Buloh, Selangor

Putrajaya

Kuala Lumpur: Program Sarjana Muda Optometri Universiti Teknologi MARA (UITM) komited menawarkan keberhasil­an graduan berkualiti, holistik, relevan bagi memenuhi keperluan semasa industri serta komuniti dalam dan luar negara.

Ia sejajar dengan matlamat programnya bertujuan melahirkan lebih ramai Bumiputera dalam bidang optometri, di samping memberikan khidmat penjagaan mata premier kepada masyarakat.

Ketua Pusat Pengajian Optometri, Fakulti Sains Kesihatan UITM, Dr Noor Halilah Buari, berkata selain kursus teras optometri yang menekankan konsep teori dan kemahiran klinikal optometri, program pengajiann­ya turut menerapkan ilmu keusahawan­an kepada bakal graduan.

Katanya, program berkenaan juga bermatlama­t menghasilk­an pakar dan pegawai optometri yang bertanggun­gjawab ke atas kesihatan visual dan penglihata­n pesakit, selain meningkatk­an kualiti hidup pesakit.

“Kebolehpas­aran graduan optometri UITM adalah tinggi dengan 100 peratus graduan memperoleh pekerjaan dalam bidang ini sama ada di sektor awam, swasta mahupun menjadi usahawan setiap tahun.

“Selain bekerja di dalam negara, ramai graduan kita berkhidmat di University of Birmingham, United Kingdom sebagai felo penyelidik, di samping tujuh graduan Optometri UITM yang berkhidmat sebagai optometris di Brunei dan juga Dubai,” katanya.

Graduan sulung pada 2010, Zuraini Kamaruddin misalnya kini adalah pemilik Matasight Optometry selepas tujuh tahun menjadi usahawan. Sementara itu, graduan 2013, Muhammad Yusri

Azmi kini adalah pemilik Optoman Optometry dan Kacha Mata Optometry.

Enrolmen pelajar Optometri UITM sejak ditubuhkan pada tahun 2005, berjumlah 474 orang dan graduan sulung program Sarjana muda Optometri UITM pula adalah 16 orang pada 2010. Sehingga kini, seramai 334 graduan Optometri dihasilkan UITM berada di pasaran.

Lebih membanggak­an, graduan 2011, Dr Noor Haziq Saliman kini menjadi Felo Penyelidik Oftalmolog­i di Universiti Birmingham, United Kingdom dan pada masa sama, berkhidmat di Hospital Queen Elizabeth, Birmingham sejak 2018. Manakala, tujuh graduan lagi berkhidmat sebagai optometris di Brunei dan juga Dubai, kata Dr Noor Halilah.

Katanya, graduannya dilatih supaya mahir melakukan ujian dan prosedur serta bertanggun­gjawab menetapkan dan menyediaka­n cermin mata, kanta lekap, visual terapi, alat bantu optik dan pembetulan refraktif.

“Kepakaran optometri klinikal merangkumi pediatrik, kanta lekap, optometri pekerjaan, optometri kesihatan awam, pengurusan multi-disiplinar­i, penglihata­n rendah, penglihata­n sukan, penglihata­n binokular dan terapi okular,” katanya.

Beliau mengakui sebagai barisan hadapan dalam bidang kesihatan penglihata­n, usaha melahirkan pakar optometri berkualiti tinggi adalah penting supaya

Muhammad Yusri (tengah)

dapat terus memberikan perkhidmat­an kesihatan terbaik di negara ini.

Selain itu, program optometri juga menyediaka­n infrastruk­tur klinikal bagi perkhidmat­an dan pembelajar­an, UITM Vision Care, iaitu makmal klinikal serta kemudahan klinikal lengkap serta mencapai piawai antarabang­sa.

“UITM Vision Care ini turut dibuka kepada orang ramai untuk memastikan pengajaran klinikal dapat dikendalik­an oleh pelajar dan diselia pensyarah atau profesiona­l optometri.

“Selain pensyarah di institusi berkenaan, profesiona­l optometri juga diundang daripada pengamal perubatan swasta untuk menyelia pelajar. Sistem ini dilakukan di kebanyakan negara maju yang menjalanka­n program optometri,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Halilah berkata, keistimewa­an Pusat Pengajian Optometri UITM itu ialah membangunk­an pelajar yang holistik dengan nilai kepemimpin­an, kemanusiaa­n, kognitif, komunikasi dan praktikal yang digunakan ketika berinterak­si dengan masyarakat

Beliau berkata, pusat itu banyak mengadakan pelbagai projek komuniti bersama pelajar, termasuk program ‘signature’, iaitu Program Jom Check Mata (JCM) yang diperkenal­kan sejak 2012.

“Ia bagi menyediaka­n perkhidmat­an dan pemeriksaa­n penglihata­n kepada golongan yang kurang berkemampu­an serta yang berada di kawasan pedalaman,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, alumni Optometri UITM mempunyai keyakinan tinggi untuk menceburi bidang perniagaan dalam perkhidmat­an berkenaan dengan hampir 10 peratus graduan membuka perniagaan sendiri.

Katanya, enrolmen pelajar Optometri UITM sejak ditubuhkan pada 2005 adalah 474 orang dengan graduan sulung program Sarjana muda Optometri UITM seramai 16 orang pada 2010. Sehingga kini, seramai 334 graduan Optometri dihasilkan UITM berada di pasaran.

“Antaranya Matasight Optometry, Vital Eyecare Optometry, Optoman Optometry, Visi Eyecare, Mata by Optometris­t, Dhiya Optometris­t, J&J Optometri, Hijrah Optometry, Khadeeja Optometri, MAZ Optometris­t dan Ruslim Optometris­t,” katanya.

 ??  ?? Optoman Optometry. bersama pelanggan di hadapan kedainya,
Optoman Optometry. bersama pelanggan di hadapan kedainya,
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Skudai, Johor dan Puncak Alam, Selangor
Skudai, Johor dan Puncak Alam, Selangor
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Haziq (kanan) Felo Penyelidik Oftalmolog­i di Universiti Birmingham, United Kingdom.
Dr Noor Haziq (kanan) Felo Penyelidik Oftalmolog­i di Universiti Birmingham, United Kingdom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia