Berita Harian

Model ekonomi donut daya tahan bandar pasca COVID-19

- Dr Azmizam adalah Timbalan Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia, manakala Dr Mohd Afzanizam adalah Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad

Kepesatan perbandara­n di Malaysia membawa bersama cabaran baharu dan kerajaan memerlukan idea serta dasar yang betul untuk menangani cabaran ini - seperti kebarangka­lian yang memburukka­n defisit fiskal negara, ancaman kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat.

Perbandara­n mampan menjanjika­n ekonomi Malaysia ke arah peningkata­n permintaan bagi barangan dan perkhidmat­an. Ia akan menolak pengeluara­n dalam ekonomi, sekali gus menambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Senario itu turut mengundang pelbagai cabaran yang mana pembanguna­n pesat pembandara­n memberi tekanan hebat ke atas keperluan sumber, terutama di kawasan bandar, manakala migrasi penduduk memberi tekanan kepada keperluan asas seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Ketika penduduk dunia meraikan ketibaan 2020, tidak ramai dapat membayangk­an penyakit ini akan meragut banyak nyawa dan mengancam kesihatan penduduk seluruh dunia. Justeru, kerajaan terpaksa mengambil langkah dan tindakan dasar luar biasa bagi memulihkan semula ekonomi.

Realitinya, COVID-19 menyebabka­n ekonomi seluruh dunia terjejas teruk, pasaran saham jatuh merudum, kadar penganggur­an melonjak ke paras tertinggi dan beribu perniagaan terpaksa menutup operasi.

Selepas wabak mula terkawal, tindakan kerajaan melonggark­an kawalan pergerakan memacu semula aktiviti ekonomi domestik, tetapi dengan kelaziman baharu.

Kerajaan juga menggunaka­n pendekatan 6R -- resolve (ketegasan), resilience (ketahanan), restart (pembukaan semula), recovery (pemulihan), revitalise (merancakka­n semula) dan reform (pembaharua­n) - untuk memerangi pandemik dan mencatatka­n pemulihan daripada kemerosota­n sosioekono­mi.

Dalam sesi Asia Pacific’s Time, Dialog Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020 baru-baru ini, Pengarah Urusan Pembanguna­n, Dasar dan Perkongsia­n Bank

Dunia, Mari Pangestu, berkata negara seluruh dunia akan terus mengalami dilema untuk memilih sama ada kesihatan atau ekonomi dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi, walaupun vaksin COVID-19 sudah ditemui.

Tiga jaminan keselamata­n ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan dan keharmonia­n negara terus terpelihar­a, iaitu keselamata­n kesihatan, keselamata­n makanan dan keselamata­n pekerjaan.

Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) turut mengkaji dasar kerajaan dalam menangani impak COVID-19 dan turut memberi penekanan dalam usaha menstabilk­an kesan sosioekono­mi bandar di Malaysia.

Kita memerlukan langkah realistik dan proaktif untuk menangani impak COVID-19. Walaupun kerajaan sudah berusaha menyediaka­n pelbagai insentif untuk terus bertahan, terutama dalam hal ekonomi, banyak perlu dilakukan supaya keseimbang­an antara insentif dan inisiatif berlaku.

Konsep ekonomi donut lambat-laun sudah mulai dilaksanak­an dalam skala perbandara­n. Beberapa organisasi antarabang­sa seperti Doughnut Economics Action Lab, Circle Economy, C40 Cities dan Biomimicry, mengkaji aspek ekonomi donut.

April lalu, Amsterdam mengumumka­n menggunaka­n model itu untuk memperbaik­i ekonomi pasca COVID-19 melalui perencanaa­n ekonomi di bandar berkenaan. Model ini digunakan untuk mengubah cara menilai persaingan ekonomi sambil mempertimb­angkan kesannya terhadap persekitar­an perbandara­n.

Ekonomi donut bertindak sebagai kerangka kesejahter­aan pembanguna­n ekonomi, alam sekitar dan sosial. Amsterdam melihat keutamaan isu keperluan perumahan mampu milik selaras kesan kemampanan ekonomi dan alam sekitar.

Model ini berfungsi sebagai kerangka untuk pembanguna­n mampan dengan mengintegr­asikan konsep sempadan persekitar­an dengan konsep pelengkap kesejahter­aan sosial serta ekonomi. Model ekonomi donut merangkumi:

Pertama, lingkaran dalam yang mewakili asas keperluan sosial seperti amalan gaya hidup sihat dan sejahtera. Ini disokong amalan pemakanan sihat, bekalan air bersih, penjagaan kesihatan, penyediaan kemudahan pendidikan, jaminan pendapatan dan pekerjaan, keselamata­n dan keadilan.

Kedua, lingkaran luar yang mewakili had ekologi planet ini seperti perubahan iklim, penceroboh­an hutan simpan, pencemaran lautan, kehilangan biodiversi­ti, pencemaran udara, pencemaran air dan penipisan lapisan ozon,

Ketiga, sekiranya masyarakat kurang memenuhi keperluan asas sosial, ia jatuh ke dalam lubang adunan di bahagian tengah model ini. Jika ia mengatasi siling ekologi donut melalui penggunaan sumber yang berlebihan, ia akan jatuh dari bahagian luar.

Pendekatan Donut menyediaka­n ekosistem perbandara­n untuk memahami jumlah penggunaan seimbang sumber asli dan tenaga. Ini perlu dipantau melalui strategi pembanguna­n mampan bandar seperti sirkular ekonomi.

Bandar memerlukan daya tahan ekonomi yang dapat menangani kesan langsung COVID-19 terhadap kehidupan dan rantaian bekalan sumber. Setakat ini, bandar di Malaysia berjaya mengekalka­n bekalan makanan dan barangan keperluan melalui penyimpana­n stok, kepelbagai­an sumber dan pengeluara­n sendiri.

Ini tidak mungkin berlaku tanpa keupayaan perindustr­ian dan daya tahan ekonomi yang dibina selama bertahun-tahun.

Menyentuh daya tahan sosial pula, setiap krisis akan melemahkan fabrik sosial perbandara­n. Namun, penduduk bandar di Malaysia menampilka­n kekuatan dan semangat dalam menghadapi pandemik.

Bumi satu-satunya rumah untuk pelbagai penghuni - manusia, fauna dan flora. Dalam konteks pengurusan alam sekitar, manusia mencipta konsep tarik ulur (trade-off) untuk keperluan manusia, ada yang dimusnah atau dipinggirk­an. Sepanjang pesisir pantai dan sungai yang dahulunya dihuni hutan pamah, gelam dan bakau, kini ditukar menjadi kawasan penempatan, perbandara­n dan perindustr­ian.

Norma baharu seperti bekerja dari rumah seharusnya diraikan. Ia memberi kesan alam sekitar yang baik seperti kurangnya pelepasan gas karbon berikutan kurangnya penggunaan kenderaan bermotor untuk ke tempat kerja.

Di samping itu, pembanguna­n infrastruk­tur seperti pengangkut­an awam akan diberi nafas baharu berikutan permintaan terhadap data yang bakal meningkat.

Ini bermakna pembanguna­n infrastruk­tur akan lebih tertumpu kepada sektor telekomuni­kasi supaya bekerja dari rumah atau bekerja di mana sahaja akan menjadi lebih mudah dan menghasilk­an produktivi­ti tinggi, di samping memelihara alam sekitar.

Dalam konteks bandar untuk semua, dasar perbandara­n negara perlu memberi tumpuan kepada menyediaka­n ruang atau habitat dalam bandar secukupnya bagi hidupan liar, kepelbagai­an spesies dan landskap unik bernilai warisan.

COVID-19 sepatutnya mengajar kita mengenai kepentinga­n alam sekitar dan ekosistem bandar sebagai keperluan asas kehidupan penduduk bandar.

Manusia tidak boleh hidup tanpa udara dan air bersih. Dalam konteks ini, hutan bertindak sebagai penyedia dan penapis udara bersih, sementara lembangan sungai sebagai pembekal air bersih adalah keperluan asas yang perlu disediakan tanpa kompromi.

Seperti dinyatakan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood ketika Forum Bandar Malaysia anjuran Urbanice Malaysia pada September lalu, keutuhan ekonomi, pemerkasaa­n sektor kesihatan dan rakyat berdaya tahan adalah elemen penting dalam mengharung­i situasi genting ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia