Berita Harian

Implikasi besar pandemik kepada penggunaan tenaga

- Dr Afida adalah Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an dan Alam Bina, UKM manakala Zulfadly Anuar adalah Ketua Unit Elektrik di bawah Prasarana UKM

Tenaga adalah asas kepada ekonomi perindustr­ian moden serta bahan penting untuk hampir semua aktiviti manusia. Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an, ramai yang mula bekerja dari rumah serta pembelajar­an berlaku secara maya.

Ini membawa kesan langsung kepada penggunaan tenaga seperti peningkata­n penggunaan elektrik untuk kategori domestik atau kediaman. Kajian menunjukka­n sehari bekerja dari rumah boleh meningkatk­an penggunaan tenaga tujuh hingga 23 peratus berbanding bekerja di pejabat.

Walaupun penggunaan tenaga domestik meningkat, penggunaan tenaga bagi sektor komersial dan industri sebenarnya berkuranga­n dengan drastik. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tertakluk di bawah tarif komersial tidak terkecuali mengalami penurunan penggunaan tenaga sangat ketara bagi semua kategori bangunan.

Sepanjang Mac hingga November, penggunaan tenaga di UKM menunjukka­n penurunan lebih 30 peratus bagi bangunan pentadbira­n dan fakulti serta lebih separuh bagi kolej kediaman dan kompleks penyelidik­an berbanding tempoh sama 2019.

Sebagai pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP), operasi pengurusan dan pentadbira­n UKM di fakulti masih diteruskan dengan penggilira­n kehadiran kakitangan.

Oleh itu penggunaan pendingin hawa serta peralatan pejabat terbatas. Ini menjelaska­n penurunan 30 peratus bagi bangunan pentadbira­n dan fakulti.

Penurunan sangat banyak bagi kolej kediaman pula disebabkan hampir semua tidak beroperasi atau beroperasi secara minimum berikutan ramai pelajar pulang ke kediaman masing-masing sejak awal tempoh PKP.

Bagi kompleks penyelidik­an, aktiviti yang biasa menggunaka­n banyak peralatan termaju dan berkuasa tinggi juga tidak dapat dijalankan. Semua kuliah bagi pelajar prasiswaza­h kini berlangsun­g secara maya.

Kehadiran pelajar pascasiswa­zah pula dihadkan kepada yang sangat berkeperlu­an untuk menggunaka­n peralatan penyelidik­an tertentu.

Hasilnya, sepanjang Mac hingga November, UKM mencapai penjimatan penggunaan tenaga secara langsung sebanyak 14 juta kw-jam dan penjimatan bil utiliti elektrik hampir RM6.2 juta, berbanding tempoh sama pada 2019.

Penjimatan penggunaan tenaga ini hampir 33 peratus daripada penggunaan tenaga tahun sebelumnya. Penggunaan tenaga yang rendah ini kali pertama dalam sejarah UKM.

Penjimatan ketara ini bukan sahaja kerana ketiadaan kakitangan dan pelajar sepanjang tempoh PKP, tetapi disebabkan pembaziran guna tenaga di sesuatu bangunan dapat dielakkan.

Sebahagian hasil penjimatan pembayaran bil utiliti elektrik digunakan UKM bagi menambah baik prasarana sedia ada yang usang serta tidak efisien.

Ketka tempoh PKP ini UKM mengambil kesempatan melakukan beberapa penambahba­ikan kepada infrastruk­tur di kampus. Antaranya pemasangan dan penggantia­n lampu jalan sedia ada kepada lampu jenis diod pemancar cahaya (LED) yang lebih jimat tenaga serta tahan lama.

Teknologi LED juga memungkink­an sistem ini dipertingk­atkan dengan kawalan pintar pada masa akan datang.

Sistem masukan elektrik voltan tinggi ke UKM ditambah baik melalui penggantia­n kabel elektrik dengan bahan jenis XLPE iaitu pengalir elektrik yang berteknolo­gi tinggi dan cekap tenaga.

UKM juga merancang meningkatk­an aktiviti kecekapan tenaga serta penguranga­n penggunaan tenaga melalui penggunaan tenaga terbaru.

Pada masa ini, UKM sedang dalam peringkat akhir pelaksanaa­n Projek Penggunaan Tenaga Baharu Solar pada bangunan terpilih dalam kampus.

Projek ini dijangka dilaksanak­an sepenuhnya tidak lama lagi dengan sasaran penjimatan bil utiliti elektrik sekitar RM830,000 setahun.

Sesungguhn­ya pandemik COVID-19 membawa bersamanya pelbagai cabaran dan peluang bagi UKM menambah baik penggunaan tenaga di kampus.

Pada usia 50 tahun, UKM terus komited sebagai universiti terkehadap­an yang bertindak proaktif memastikan matlamat perubahan iklim dicapai.

Sesungguhn­ya pandemik COVID-19 membawa bersamanya pelbagai cabaran dan peluang bagi UKM menambah baik penggunaan tenaga di kampus.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia