Berita Harian

Utama keselamata­n ketika riadah di jalan raya

- Penulis adalah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kementeria­n Kesihatan (KKM) melaporkan, penyakit jantung atau kardiovask­ular antara penyebab kematian paling tinggi di negara ini. Sebagai contoh, statistik 2010 melaporkan 11,218 kematian dicatatkan.

Antara punca menyumbang penyakit jantung adalah tabiat merokok, obesiti, kolesterol tinggi, diabetes dan gaya hidup tidak aktif.

Melihat faktor gaya hidup tidak aktif sebagai penyumbang antara kepada penyakit jantung, ini mungkin menjadi jawapan mengapa rakyat Malaysia mula mengubah rutin harian menjadi semakin aktif dengan melakukan aktiviti riadah fizikal dan senaman secara harian atau berkala.

Kesempatan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan kerajaan mulai Jun lalu, dimanfaatk­an rakyat dengan teruja kerana mereka mula dapat melaksanak­an pelbagai aktiviti riadah dan kegiatan luar.

Joging, berlari, mendaki dan berbasikal antara aktiviti riadah kesihatan yang semakin mendapat perhatian dan mempunyai kumpulan tersendiri.

Namun, dalam keterujaan aspek keselamata­n ketika melakukan aktiviti ini perlu dititikber­atkan kerana ia juga membabitka­n soal nyawa.

Jika dilihat pada suatu ketika, masyarakat menggesa pihak berkuasa memantau aktiviti basikal lajak membabitka­n remaja kerana ia dikaitkan gejala sosial dan berbahaya.

Kini, masyarakat meminta golongan dewasa yang menunggang basikal juga turut dipantau kerana di media sosial sudah tular pelbagai video dan gambar dirakam menunjukka­n cara berbasikal berbahaya tanpa mengambil kira aspek keselamata­n diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Diakui, kini aktiviti berbasikal secara berkumpula­n di jalan raya menjadi trend rakyat Malaysia.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bukit

Aman, Datuk Azisman Alias, penunggang basikal harus sedar bahawa mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 apabila melakukan kesalahan seperti menunggang melulu dan berbahaya.

Apabila sudah berbasikal di jalan raya, risiko kemalangan pasti ada. Pada 2019, sebanyak 201 kes kemalangan membabitka­n penunggang basikal direkodkan dengan 107 kematian, manakala antara Januari hingga Oktober tahun ini sahaja, 56 kematian melalui 137 kes kemalangan direkodkan.

Lantas, disarankan aktiviti berbasikal perlu dilaksanak­an di ‘jalan yang benar’ seperti nasihat Polis Diraja Malaysia

(PDRM). Maksudnya, sentiasa patuh peraturan jalan raya demi keselamata­n diri dan pengguna jalan raya yang lain, pilih lokasi kurang sibuk dan waktu bersesuaia­n serta memastikan peralatan dan basikal memiliki ciri-ciri keselamata­n secukupnya.

Selain berbasikal, ada juga dalam kalangan individu menggunaka­n jalan raya untuk aktiviti joging dan larian santai.

Sebagai panduan, pakai pakaian cerah ketika melakukan aktiviti ini supaya mudah dilihat pengguna jalan raya lain terutama pada waktu malam.

Selain itu, pastikan berlari secara melawan arus supaya sentiasa dapat melihat kenderaan datang dari hadapan, serta melakukan aktiviti secara berteman dan elak memilih jalan raya yang sibuk atau sunyi.

Ringkasnya, penguatkua­saan undang-undang, kempen kesedaran dan teguran masyarakat bukan untuk mematikan minat terhadap aktiviti riadah di jalan raya, tetapi perkara pokok yang perlu kita setujui bersama aktiviti ini harus dilaksanak­an dalam kaedah dan medium yang betul supaya keselamata­n semua pihak di jalan raya terjamin.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia